Presiden Kazakhstan, Kassym-Jomart Tokayev menandatangani undang-undang baharu yang melarang sebarang propaganda berkaitan LGBT dan pedofilia di media, rangkaian telekomunikasi serta platform dalam talian.
00:00Dan akhir sekali Presiden Kazakhstan, Qasim Jomad Tokayev, menandatangani undang-undang baru pada selasa yang melarang sebarang propaganda berkaitan LGBT dan pedofilia di media, rangkaian telekomunikasi dan platform dalam talian.
00:15Laporan agensi berita tempatan menyebut rang undang-undang perkenaan sebelum ini sudah diluluskan oleh kedua-dua parlimen di Kazakhstan.
00:22Kenyataan disiarkan di laman rasmi Republik Kazakhstan memaklumkan mana-mana pihak yang melanggar undang-undang ini boleh dikenakan denda kira-kira $280 dan akan ditahan sehingga 10 hari.
00:37Hampir dua tahun lalu, rakyat Kazakhstan pernah mengemukakan petisyen bagi menuntut larangan terhadap propaganda LGBT di negara itu.
00:44Dalam perkembangan berkaitan Human Rights Watch, HRW bersama 8 organisasi lain, mendakwa kerajaan Kazakhstan turut campur tangan terhadap kebebasan media dengan menggeledah pejabat serta menahan wartawan.
00:57Jelas HRW, undang-undang baru yang melarang propaganda LGBTQ akan memburukkan lagi keadaan.
01:04Kumpulan hak asasi itu menyifatkan undang-undang tersebut sebagai ancaman bukan sahaja kepada individu yang dikenalpasti sebagai LGBT tetapi juga kepada wartawan, ahli akademik, artis, aktivis hak asasi manusia dan masyarakat sivil.
01:19Tegas HRW, undang-undang berkenaan bercanggah dengan perlembagaan Kazakhstan yang menjamin kebebasan bersuara selain bertentangan dengan arahan badan antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, PBB.
Be the first to comment