Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Iran dilanda protes terbesar dalam tiga tahun selepas mata wang menjunam, memaksa kerajaan bertindak termasuk rundingan, perubahan cukai dan penutupan pejabat.
Transcript
00:00Iran menyaksikan antara protes terbesar dalam tempoh tiga tahun selepas mata wang negara itu menjunam ke paras terendah rekod berbanding dolar AS.
00:10Rakaman video yang dirakam dan tersebar menunjukkan penunjuk perasaan turun ke jalan raya di pelbagai lokasi di seluruh negara.
00:19Pada hari yang sama, Ketua Bank Pusat Iran meletakkan jawatan.
00:23Menurut saksi dan video di media sosial, peimpunan berlaku di Tehran serta bandar dan pekan lain.
00:31Polis melepaskan gas pemedih mata di beberapa kawasan.
00:35Rakaman berhampiran sebuah pasar di Pusat Bandar Tehran menunjukkan orang ramai menolak semula polis dan pasukan keselamatan serta membaling batu ke arah mereka.
00:45Menurut laporan media pada selasa, Presiden Iran Masud Pezaj Kian bertemu sekumpulan ahli perniagaan untuk mendengar tuntutan mereka.
00:54Jelasnya, pentadbiran tidak akan berputus asa dalam usaha menyelesaikan masalah dan memperbaiki keadaan masyarakat.
01:01Beliau turut meminta Menteri Dalam Negeri Iskandar Momeni untuk mengadakan rundingan dengan penunjuk perasaan.
01:09Sementara itu, Ketua Jabatan Percukaian Negara Muhammad Hadi Sobhanian memaklumkan perajaan akan menyemak semula pengaturan cukai bagi memihak kepada perniagaan termasuk menggugurkan penalti kelewatan pembayaran cukai.
01:22Perajaan mengumumkan penutupan pejabat dan bank pada Rabu bagi menguruskan penggunaan tenaga semasa musim sejuk diikuti cuti mingguan pada Khamis dan Jumaat.
01:33Terima kasih telah menonton!
01:34Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended