PDRM Selangor merekodkan lebih 258,000 penyelesaian saman trafik dengan kutipan RM19.5 juta sepanjang Program Pengurangan Saman 70 peratus, dengan peningkatan ketara penggunaan e-pembayaran selaras transformasi digital negara.
00:00Polis Diraja Malaysia PDRM Selangor merekodkan sebanyak 258,345 penyelesaian saman trafik dengan jumlah kutipan mencucah RM19.5 juta sepanjang dua bulan pelaksanaan program pengurangan saman PDRM 70% yang bermula 1 November lalu hingga selasa.
00:22Menurut Ketua Polis Selangor Syazali Kahar, Ibu Jabat Polis Daerah Kelang Selatan mencatatkan kutipan tertinggi iaitu 2.7 juta ringgit diikuti IPD Petaling Jaya dengan 2.1 juta ringgit dan IPD Kajang sebanyak 1.7 juta ringgit.
00:41Katanya jumlah keseluruhan merangkumi 125,759 saman PUL 257 dengan kutipan RM11.49 juta ringgit serta 132,586 saman PUL 170A bernilai RM8.019 juta ringgit.
00:59Syazali berkata PDRM Selangor turun merekodkan tren positif dalam penerimaan teknologi digital oleh masyarakat apabila kaedah e-pembayaran mencatat kutipan signifikan berjumlah RM9.45 juta ringgit.
01:11Beliau dalam satu kenyataan menyebut, walaupun pembayaran secara tunai masih tinggi dengan kutipan RM10.049 juta ringgit, peningkatan penggunaan e-pembayaran membuktikan masyarakat kini lebih cenderung kepada urusan yang pantas dan efisien selaras dengan transformasi digital negara.
01:28Beliau turun merakamkan perhargaan kepada orang ramai atas komitmen menyelesaikan tunggakan saman masing-masing sepanjang tempoh program berkenaan.
01:36Menurutnya, inisiatif pengurangan saman itu bukan sahaja membantu meringankan beban rakyat, malah menjadi pemangkin kepada peningkatan tahap kesedaran dan pembantuan Undang-Undang Jalan Raya demi kesejahteraan semua pengguna di Selangor.
Be the first to comment