- 3 months ago
Ikuti ulasan Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Pentadbiran & Politik Universiti Malaya Dr Mohamad Tawfik Yaakub.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Dan seterusnya bagi kita meneliti dan juga membincangkan lebih lanjut mengenai situasi semasa dalam Perikatan Nasional kita akan bersama dengan Dr. Mohd Taufik Yaakob yang merupakan pensyarahkanan Jabatan Pengajian Pentadbiran dan Politik Universiti Melayu.
00:12Assalamualaikum Dr.
00:14Waalaikumsalam Warahmatullahi Wabarakatuh.
00:15Dr. Beberapa hari menjelang tahun baru drama yang cukup besar hari ini Dr. Mungkin Dr. boleh berikan pandangan awal penganalisis politik melihat kepada jangkaan apa yang akan berlaku seterusnya selepas hari ini Dr.
00:28Ya ini sebenarnya satu permulaan drama politik yang baru melibatkan blok ataupun barisan pebangkang dan saya menjangkakan bahawa ia tidak akan penoktah dengan pelantikan Menteri Besar Baru di Pelis semalam.
00:44Tetapi kita lihat hari ini masih lagi banyak drama-drama politik yang berlangsung melibatkan jawatan-jawatan tertentu dalam Perikatan Nasional.
00:54Misalnya Tan Simoide Yassin meletakkan jawatan sebagai pengurusi PN dan beberapa pengurusi negeri PN juga meletakkan jawatan.
01:02Jadi bagi saya retak menanti belah apa yang berlaku dalam perbangkang dan PN dan saya menjangkakan bahawa jangka hayat ataupun usia PN tidak akan begitu panjang kerana krisis kali ini amat serius dan boleh menyebabkan satu keadaan di mana berlakunya jajaran politik baru berdasarkan kepada kepentingan politik.
01:29Dan pertelingkahan ini bagi saya amat mendukacitakan kepada penyokong dan pemimpin parti daripada bersatu PAS dan rakan-rakan komponen daripada Perikatan Nasional.
01:40Tapi mereka jangan ingat bahawa dukacitakan ini boleh menyebabkan tidak ada satu pilihan ataupun perkembangan politik yang baru kepada PAS.
01:50Kerana PAS ini sudah lama berkecimpung dalam politik negara dan bersatu banyak bergantung kepada PAS sebelum ini dalam konteks jentera, kemudiannya dalam pihan raya.
02:01Maka bersatu kena lihat semula adakah tindakan berkonfrontasi ataupun bermusuhan dengan PAS selepas ini akan memberi satu survival politik yang baru ataupun boleh merosakkan masa depan bersatu itu sendiri.
02:17kerana kita lihat banyak parti politik Melayu yang kecundang dan akhirnya hanya tinggal nyawa-nyawa ikan seperti mana dalam pejuang, seperti mana yang berlaku kepada putera itu sendiri.
02:29Adakah bersatu mahu jadi seperti parti-parti Melayu sedemikian?
02:32Dr. Taufik, melihat juga kepada situasi yang berlaku, kita tahu Tan Sri Budin Yassin meletakkan jawatan, Datuk Sri Mohd Azmin Ali pun meletakkan jawatan.
02:42Jadi kesan segera kepada peletakkan jawatan ini, kepada kestabilan PN itu sendiri sebab kita tahu dalam tempoh tidak lama lagi negara akan berdepan dengan pilihan raya umum ke-16.
02:50Jadi bagaimana pengukuhan PN itu dapat dibuat, jajaran baru mungkin akan berlaku, bagaimana pengukuhan ini perlu dilakukan segera memandangkan untuk kita menuju ke pilihan raya ke-16 itu, pilihan raya umum ke-16 itu tempohnya mungkin tidak panjang lagi, Doktor?
03:05Sebab itu, sebelum ini ramai yang mengkritik Perikatan Nasional dan Marisa Pembangkang kerana mereka seakan-akan dilihat begitu lemah, tidak mampu untuk memberi saingan yang besar kepada kerajaan perpaduan dan meskipun mereka punya bilangan kursi yang besar, 74 kursi sebagai ahli parlimen di peringkat parlimen,
03:25tetapi apabila enam orang ahli parlimen mereka menyatakan peralihan sokongan kepada kerajaan perpaduan, kemudiannya ada yang dipecat daripada parti dan ini merupakan gambaran berlakunya bibit-bibit perpecahan daripada awal, apatah lagi sebenarnya kita lihat sebelum ini bersatu juga hanya banyak bergantung kepada PAS untuk menang dalam pilihan raya ataupun menggunakan jentera bagi bertanding dalam pilihan raya dan dalam konteks
03:54apabila berlakunya ketegangan politik yang begitu serius ini, saya lihat langkah yang boleh diambil di Perikatan Nasional iaitu membuat satu pemulihan ataupun rawatan segera kepada Perikatan Nasional, contohnya bermesyuarat dengan kadar segera melantik seorang pengurusi baru ataupun melantik seorang pemangku pengurusi Perikatan Nasional
04:16bagi memastikan bahawa mereka tidak hilang momentum untuk berhadapan dengan tiga pilihan raya kecil di Dewan Undangan Negeri Perlis yang kosong baru-baru ini dan kemudiannya untuk berhadapan dengan PR Raya Negeri Melaka, Johor, PRU16 dan jika Perikatan Nasional dapat dikekalkan lagi menerusi keterbukaan ataupun berjiwa besar pemimpin bersatu.
04:42Tapi saya tak nampak pun pemimpin bersatu ingin menyesaikan isu ini dengan jiwa besar kerana hari ini mereka mengambil satu langkah yang begitu marah terhadap PAS akibat daripada desakan, tekanan daripada pemimpin bersatu terhadap pemimpin bersatu untuk mengundur diri daripada Perikatan Nasional
05:01maka balas-membalas antara satu sama lain yang sedang berlaku dan yang untungnya pada hari ini untung kepada UMNO, untung kepada kerajaan perpaduan
05:10mereka tak perlu mencari musuh yang baru tetapi mereka perlu lihat sahaja drama pergelutan antara Perikatan Nasional dan nak memulihkan Perikatan Nasional
05:20dan bukannya mudah mengambil masa yang begitu panjang mungkin enam bulan, satu tahun kerana rakyat melihat bahawa apa yang berlaku ini memberi kesan kepada mereka
05:30misalnya dalam konteks mengheret mereka untuk setai pilihan raya kecil di tiga-tiga kerusi di Perlis dan kebusanan mereka dalam pergelutan politik pemimpin-pimpin Melayu
05:41yang masih lagi tidak terhenti-henti dengan apa yang dilakukan mereka akibat daripada pergelutan kuasa
05:48rakyat musan, rakyat tidak mahu lihat pergelutan ini, rakyat mahukan kedua-dua pihak termasuk daripada kerajaan perpaduan
05:55dan disambut oleh pihak perbankan memulihkan ekonomi, memastikan kehidupan rakyat selesa
06:00bukan menghidangkan drama politik yang sungguh jelik di mata rakyat
06:05Dr. Taufik, kita tahu juga sebelum ini ada dakwaan dalam bersatu itu sendiri, ada dua kamp yang berbeza
06:12dan kita tahu kamp Tan Sri Muhyiddin dengan Dato' Sri Muhammad Azmi Ali sudah meletakkan jawatan dalam kepimpinan Perikatan Nasional itu sendiri
06:20jadi bagaimana dengan kamp yang sebelah lagi Dr. bagaimana belum ada sebarang kenyataan dikeluarkan setakat ini
06:25dan apa yang boleh dijangkakan untuk beberapa jam ataupun beberapa hari mendatang ini Dr.
06:29Kita lihat sudah semestinya Dato' Sri Hamzah, kamp yang berbeza dengan Dato' Sri Azmi Ali
06:35kerana dalam bersatu ini ada dua kamp yang begitu jelas yang bersaing tentang bagaimana untuk mendapatkan
06:42kedudukan politik dalam kepimpinan bersatu dan yang banyak mengeluarkan kenyataan hari ini
06:49iaitu kamp daripada Dato' Sri Azmi Ali yang banyak memihak kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin
06:54yang banyak backup, yang banyak memberi sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin
06:59maka yang mendapat keuntungan hari ini iaitu kamp Dato' Sri Hamzah
07:02yang masih lagi tidak menggunakan peluang ini untuk mentam ataupun meletakkan bebanan besar kepada FAS
07:13mereka hanya memahati dan jika ada peluang maka kalau ada rezeki
07:18maka mungkin Dato' Sri Hamzah Azmi Ali boleh dilantik sebagai pengurusi Perikatan Nasional
07:24maka itulah jambatan politik yang cuba dibina semula untuk memulihkan Perikatan Nasional
07:31dan Hamzah melihat ini adalah peluang untuk beliau meningkatkan kera politik beliau
07:36kerjaya politik beliau dalam Perikatan Nasional, dalam politik Malaysia
07:39apatah lagi Dato' Sri Hamzah hari ini merupakan ketua pembangkang di Parlimen
07:43jadi dalam strategi politik, dalam taktikal politik bukan setiap masa kita perlu melendang bola atau menyerang
07:50ada masa kita perlu kekal, lihat permainan politik dan sampai masanya baru kita pergi dan menyaksikan
07:58ataupun mendapat bola tanggung untuk kemenangan dan kepentingan politik pemimpin tertentu
08:03Doktor, mungkin ini pandangan peribadi juga Doktor ya
08:08adakah Doktor melihat di peletakkan jawatan ini satu bentuk pengakuan kegagalan dalam memimpin
08:14atau mengurus perbezaan dalaman gabungan Doktor?
08:18Ya ada dua pandangan, iaitu yang pertama perbalahan yang tidak dapat diselesaikan
08:24mengurusi platform ataupun meja rundingan antara PAS dengan bersatu itu sendiri
08:29yang kedua kita lihat secara tidak langsung menggambarkan bahawa inilah satu pengakuan
08:36bahawa Tansi Muhyiddin Yassin sudah sampai masanya berundur dan tidak mampu lagi
08:41sedang berhadapan dengan kemerusutan politik untuk menangani isu-isu berkaitan dengan Perikatan Nasional
08:48kemelut dan krisis politik yang melanda
08:51bukan sahaja bersatu, masalah dalaman bersatu pun tidak dapat diselesaikan hingga sekarang
08:56bergaduh antara satu sama lain apatah lagi melibatkan isu-isu lain
08:59maka pengakuan ini menggambarkan bahawa sudah sampai jangka hayat politik kepada Tansi Muhyiddin Yassin
09:05untuk memberi ruang kepada pelapis-pelapis politik baru
09:09dan kemudiannya memberi satu pandangan kepada masyarakat bahawa
09:15masa Tansi Muhyiddin sudah tiba untuk memastikan bahawa ada kesinambangan politik dalam bersatu itu sendiri
09:21dan beliau jika tidak dapat menangani isu-isu dalaman, isu Perikatan Nasional
09:25maka beliau akui dengan meletakkan jawatan ini
09:28bukan pilihan yang ada supaya tekanan tidak lagi diterima oleh beliau
09:33supaya apa yang dimahukan oleh rakan komponen itu dapat ditunaikan
09:37dalam tempoh yang begitu cepat bagi berhadapan dengan PRU dan PRK yang akan datang
09:42Doktor, saya nak tambah juga Doktor ya
09:45Datuk Seri Takiyodin Hassan juga ya
09:47Siti Sagong PAS mengulangkan kenyataan
09:49di mana mengatakan PAS menyatakan kesediaan untuk menerajui Perikatan Nasional
09:54Susulan Perletakkanan Jawatan Tansi Muhyiddin Yassin
09:56jadi bagaimana PN dengan PAS ini mampu meyakinkan rakyat bahawa
10:01parti ini masih relevan dan juga masih stabil untuk mentadbir negara Doktor?
10:07Ya, sebab itu kita lihat PAS cuba menunjukkan bahawa kepimpinan mereka
10:13dalam pengalaman pertabiran kerajaan persekutuan dan kemudiannya di empat buah negeri
10:18tetapi negeri Perlis telah dirampas kuasa oleh Bersatu
10:22maka dengan model yang ada ini digunakan untuk memperlihatkan kepada masyarakat
10:28bahawa bukan sahaja mereka mampu untuk mentadbir negara sebelum ini
10:33tetapi seolah-olah dapat memberi gambaran bahawa mereka merupakan pilihan yang ada
10:39untuk PAU-16 yang akan datang
10:41dan apabila setiausaha agung PAS, Rasul Sita Kuddin Hassan
10:46dengan cepat menyatakan bahawa PAS bersedia untuk menerajui Perikatan Nasional
10:50maksudnya di sini PAS sudah begitu lama memendam perasaan kekecewaan
10:55apa yang berlaku dalam Perikatan Nasional
10:58dan kenyataan-kenyataan umum yang dikeluarkan oleh pemimpin tertentu
11:02misalnya daripada Bersatu itu sendiri mencalonkan nama daripada Bersatu
11:08Presiden Bersatu sebagai calon Perdana Menteri
11:10kecewaan ini sudah begitu lama sehingga menyebabkan bendahari Perikatan Nasional
11:15iaitu Dr. Ahmad Sam Suri Mohtam meletakkan jawatan mengundur diri sebagai bendahari Perikatan Nasional
11:20dan krisis yang berlaku ini sebenarnya telah memberi satu gambaran kepada PAS
11:25bahawa mereka ini dipergunakan oleh Bersatu
11:28sudah lama PAS dipergunakan oleh Bersatu semata-mata untuk survival politik Bersatu
11:33tetapi saya lihat PAS begitu sabar, PAS begitu cermat dalam menangani isu diperkudakan oleh Bersatu
11:42namun bagi saya PAS ini terlalu baik dalam politik
11:45kalau terlalu baik dalam politik tidak perlu berpolitik masuk NGO sahaja
11:50tapi dalam konteks semasa ini PAS telah sedar bahawa mereka telah diperkudakan begitu lama
11:55dan sampai bila lagi mereka mahu dipergunakan oleh Bersatu
11:59hingga menyebabkan mereka hilang sebuah negeri iaitu di Perlis
12:03yang kali pertama mereka takbir dalam sejarah politik negeri Perlis
12:06kepada rakan komponen mereka yang telah menikam mereka daripada depan
12:10Satu penjelasan yang cukup baik dekat situ doktor
12:14nak tanya juga lagi doktor ya
12:16kalau kita melihat, kita melihat kepada persepsi rakyat
12:20tapi kita nak melihat kepada bagaimana pula
12:23situasi ini memberikan satu bonus yang cukup besar
12:27untuk UMNO dalam mendepani pilihan rakyat akan datang
12:32kerana kita tahu ramai juga yang mengeluarkan pendapat sebelum ini
12:35gabungan pembangkang di parlimen ini pun gagal untuk menunjukkan kekuatan pembangkang
12:39gagal menunjukkan kredibiliti mereka sebagai alih-alih parlimen
12:42yang boleh mentakbir negara
12:44jadi bagaimana situasi ini sedikit sebanyak memberi bonus yang besar
12:47kepada UMNO dan juga barisan nasional itu sendiri doktor
12:49ya, kita tidak nafih ada suara-suara dalam UMNO sendiri yang
12:55berlawanan dengan aspirasi parti
12:58namun itu perkara yang biasalah mana-mana parti politik
13:01tetapi kita juga lihat UMNO sedang berusaha untuk memulihkan parti
13:06dan bagi saya apa yang berlaku kepada Perikatan Nasional Bersatu dan PAS
13:12ini merupakan satu modal percuma kepada UMNO untuk menunjukkan kepada rakyat
13:17orang Melayu bahawa inilah yang PAS dan Bersatu lakukan kepada rakyat
13:22ketika rakyat rusak, ketika rakyat mahukan pemulihan ekonomi
13:25mereka bergelut tentang kuasa
13:27sebelum ini UMNO ditohmah pelbagai dakwaan
13:31tetapi apa yang berlaku hari ini rakyat dapat lihat bahawa
13:34PAS dan Bersatu itu sendiri merupakan cerminan terhadap apa yang mereka mahukan
13:40dalam konteks kuasa, dalam konteks merebut jawatan
13:43sehingga mereka jatuh-menjatuhkan antara satu sama lain
13:46perkara ini tidak berlaku dalam barisan nasional
13:49kita lihat UMNO tidak menyerang ataupun menjatuhkan secara depan-depan
13:56rakan komponen dalam parti
13:58tetapi apa yang berlaku dalam Perikatan Nasional
14:01kita dapat lihat terang-terang apa dijatuhkan oleh Bersatu
14:04maka inilah modal percuma yang boleh digunakan oleh UMNO Barisan Nasional
14:10kempen menggunakan modal percuma ini bagi saya adalah peluang kepada UMNO BN
14:14untuk menerobos ataupun masuk kawasan-kawasan Melayu
14:18yang sebelum ini dimenangi oleh Bersatu dan kuasai semula
14:21sokongan pengaruh meskipun memerlukan tempoh yang begitu panjang
14:26untuk meyakinkan semula untuk meraih semula penyokong
14:30ataupun pengaruh daripada Bersatu
14:32kerana kebanyakan penyokong dan pengaruh daripada Bersatu ini
14:35kebanyakan datang daripada waga UMNO yang agak kecewa sebelumnya dengan UMNO
14:39tetapi inilah peluangnya untuk menurunkan
14:43menunjukkan image yang sebenar kepada masyarakat
14:48bahawa Bersatu itu parti yang bermasalah
14:51kekuatan palsu yang ada Bersatu semata-mata untuk merosakkan UMNO
14:55tetapi Bersatu tidak berjaya merosakkan UMNO
14:58kerana UMNO ada prinsip, UMNO ada kekuatan
15:00UMNO ada jati diri dan akar umbi yang begitu kuat berbanding dengan Bersatu
15:04Dr. Soalan saya yang terakhir Dr. menuju ke PRU yang ke-16 nanti
15:08parti mana yang dilihat mungkin berpotensi menjadi rakan gabungan PAS
15:13untuk mempersiapkan mereka mendepani PRU 16 nanti Dr. dirasa-rasanya
15:18saya lihat susulan daripada krisis yang berlaku dalam Perikatan Nasional
15:23semalam dan hari ini
15:25bagi saya PAS perlu mencari rakan politik yang baru
15:28tidak semestinya perlu keluar daripada Perikatan Nasional
15:30UMNO tidak semestinya keluar daripada kerajaan perpaduan
15:33tetapi wujudkan satu platform politik yang baru
15:36kerjasama antara PAS dengan UMNO kerana kedua-dua parti
15:39pernah berada dalam satu konteks kerjasama daripada tahun 1970
15:44kemudiannya beberapa tahun yang lalu mereka pernah berada dalam
15:48Mufakat Nasional dan ini boleh dijadikan satu kekuatan baru
15:52kepada politik orang Melayu dan dinilai tambah kepada
15:55kekuatan kerajaan perpaduan untuk berhadapan dengan PIU 16 yang akan datang
15:59memang dalam politik ini kita tidak boleh nafi bahawa hari ini
16:02kawan kita mungkin boleh jadi lawan pada esok, boleh jadi musuh
16:06dan musuh kita hari ini mungkin boleh menjadi kawan pada hari esok
16:09inilah politik dan inilah apa yang berlaku dalam
16:11perkembangan politik Malaysia, mahu tidak mahu
16:14setiap parti politik kena akui bahawa politik ini
16:17melibatkan kuasa, melibatkan masa depan, melibatkan survival
16:20atau perkelahan sungai politik, apa sahaja usaha, apa sahaja jalan
16:24yang penting iaitu bagaimana mengekalkan survival politik mereka
16:28dalam politik negara
Comments