00:00Iran melancarkan tiga satelit buatan tempatan ke angkasa lepas menggunakan roket Soyuz-Rusi, agensi Berita Republik Islam Iran, IRNA berkata,
00:11satelit-satelit tersebut dinamakan Zafar-2, Paya dan Kausar-1.5 dilancarkan pada pukul 4.48 petang waktu Teheran pada ahad dari Rusia menggunakan roket pembawa iaitu Soyuz-2.1B.
00:26Unit Korporat Angkasa Lepas Rusia, Roskosmos, mengesahkan beberapa minit selepas pelancaran bahawa roket Soyuz berjaya berlepas seperti dijadwalkan dan akan menempatkan satelit-satelit ke orbit yang telah ditetapkan.
00:39Timbalan Menteri Komunikasi Iran dan Ketua Institut Penyelidikan Angkasa Iran, Vahid Yazdaneyan berkata ketiga satelit pemantauan bumi itu dipina oleh sektor swasta.
00:49Beliau berkata satelit-satelit ini mampu menghantar data imej dengan resolusi antara 15 meter hingga kurang daripada 5 meter
00:55dan data tersebut boleh digunakan untuk pelbagai aplikasi awam di dalam negara.
01:00Yazdaneyan menyatakan sektor pertanian, pengurusan sumber air dan pemantauan alam sekitar antara kegunaan utama imej satelit itu.
01:07Beliau menambah satelit-satelit baru ini akan beroperasi pada ketinggian kira-kira 500 kilometer di atas bumi
01:12dalam apa yang dikenali sebagai orbit bumi rendah LEO.
01:15Terima kasih telah menonton!
Comments