Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menegaskan tidak berhasrat untuk segera mengikuti jejak langkah sekutunya Israel, dalam mengiktiraf wilayah Somaliland sebagai sebuah negara merdeka.
Transcript
00:00Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menegaskan tidak berhasrat untuk segera mengikuti jejak langkah sekutunya Israel dalam mengiktiraf wilayah Somaliland sebagai sebuah negara merdeka.
00:12Dalam satu temubual di telefon bersama New York Post, Trump berkata beliau banyak membuat kajian dan percaya sudah membuat keputusan yang terbukti betul dan hebat mengenainya.
00:23Beliau turut mempersoalkan pengetahuan ramai tentang Somaliland mengenai cadangan Somaliland untuk memberikan akses perabuhan kepada Amerika Syarikat di Teluk Aiden yang strategik pula, Trump sifatkan ia bukan perkara besar sama sekali.
00:36Israel pada Jumaat menjadi negara pertama yang secara rasmi mengiktiraf pemisahan Somaliland daripada Somalia.
00:42Perdana Menteri Benjamin Netanyahu mendakwa akan memaklumkan perkembangan itu kepada Trump semasa pertemuan yang dijaduakan pada Isnin.
00:49Dalam pagi lain video dengan Presiden Somaliland, Abdul Rahman Muhammad Abdullahi untuk menandakan langkah diplomatik itu, Netanyahu berkata beliau akan memberitahu Trump tentang minat Somaliland untuk menyertai perjanjian Abraham.
01:00Trump menegaskan beliau tidak terpengaruh dengan cadangan tersebut dan perbicaraan akan datang dengan Netanyahu akan menumpukan kepada isu berkaitan Gaza, terutama genjata senjata yang diaturkan pada Oktober.
01:10Fokus pertemuan juga kata Trump menjurus kepada usaha pembinaan semula yang sedang berjalan di bawah kerangka yang diluluskan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended