Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Parlimen Israel meluluskan rang undang-undang untuk memotong bekalan elektrik dan air ke pejabat UNRWA serta-merta. Langkah ini diambil ketika kebergantungan rakyat Palestin terhadap perkhidmatan UNRWA meningkat susulan perang dua tahun Israel di Gaza. Menteri Tenaga Israel mendakwa UNRWA berfungsi sebagai sayap operasi Hamas.
Transcript
00:00Parlimen Israel meluluskan satu rang undang-undang untuk memotong bekalan elektrik dan air ke Pejabat Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian Palestine, UNRWA, serta Merta pada Selasa.
00:14Laporan Agensi Antarabangsa memaklumkan bahawa rang undang-undang tersebut diluluskan pada bacaan kedua dan ketiga dengan 59 ahli nasad menyokong dan tujuh menentang daripada 120 kerusi keseluruhan.
00:30Langkah ini diambil ketika kebergantungan rakyat Palestine terhadap perkhidmatan UNRWA semakin meningkat sesulan dua tahun Perang Israel di Gaza.
00:39Dalam pada itu, Menteri Tenaga dan Infrastruktur Israel Ali Cohen mempertahankan rang undang-undang itu dengan mendakwa UNRWA berfungsi sebagai sayap operasi Hamas.
00:50Tambah beliau peranan kemanusiaan agensi tersebut yang membantu jutaan pelarian Palestine didakwa telah menyemai hasutan dan keganasan serta berpendapat UNRWA tidak berhak untuk terus wujud.
01:04UNRWA ditubuhkan oleh Perhimpunan Agong PBB lebih 70 tahun lalu untuk membantu rakyat Palestine yang diusir dari tanah mereka.
01:13Untuk rekod, Perang 2 Tahun Israel telah mengorbankan lebih 71,200 rakyat Palestine, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak selain turut mencederakan lebih 171,200 yang lain sejak Oktober 2023 dan memusnahkan sebagian besar Gaza.
01:31Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended