Bekas Presiden Brazil, Jair Bolsonaro yang kini dipenjara, menjalani prosedur perubatan kedua dalam tempoh tiga hari bagi merawat masalah cegukan berterusan, selepas pembedahan hernia pada 24 Disember.
00:00Bekas Presiden Brazil J. Bolsonaro yang kini dipenjara menjalani prosedur perubatan pada Senin bagi merawat masalah terseduh yang berterusan buat kali kedua dalam tempoh tiga hari.
00:13Menurut istrinya Michelle Bolsonaro, suaminya itu selesai menjalani prosedur dipanggil phrenic nerve block iaitu pembedahan melibatkan saraf.
00:23Laporan menyebut pembedahan tersebut mengambil masa kira-kira sejam.
00:26Jika proses pemulihan berjalan lancar, Bolsonaro dicangka keluar hospital pada 1 Januari ini.
00:31Tahap keadaan kesihatan akan dipantau rapi dalam tempoh 48 jam.
00:36Bolsonaro 70 tahun dimasukkan ke hospital pada 24 Disember untuk pembedahan hernia dana terseduh yang dialaminya sehari selepas itu.
00:45Beliau mula mengalami masalah kesihatan sejak insiden ditikam pada September 2018 ketika kempen pilihan raya di Hui di Fora, Minas Gerais.
00:54Sebelum ini, Mahkamah Agung Brazil menjatuhkan hukuman penjara lebih 27 tahun terhadap Bolsonaro selepas didapati bersalah merancang rampasan kuasa bagi membatalkan kekalahan pilihan raya 2022.
Be the first to comment