Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Datuk Dr Sahruddin Jamal meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Johor susulan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi PN Pusat.
Transcript
00:00Ahli Dewan Undangan Negeri Adun Bukit Kepung, Datuk Dr. Sarudin Jamal meletakkan jawatan sebagai pengerusi Perikatan Nasional PN Johor, susulan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pengerusi PN Pusat.
00:14Bekas Menteri Besar Johor itu memaklumkan perkara berkenaan dalam satu kenyataan pada selasa.
00:20Dihubungi kemudiannya Sarudin berkata peletakan jawatan itu dibuat kerana beliau dilantik oleh Muhyiddin.
00:26Justru itu katanya apabila pimpinan pusat berundur, beliau sudah pasti mengambil langkah sama.
00:56Saya lebih fokus kepada tindakan yang dibuat oleh Tan Sri. Jadi saya mudah saja. Bila Tan Sri letak jawatan, saya boleh jawatan.
01:05Dalam pada itu, Sarudin meminta pimpinan PN Pusat melantik pengerusi baru di Johor, susulan peletakan jawatannya.
01:12Beliau menegaskan keputusannya meletakkan jawatan tiada kaitan dengan sebarang pegolakan di Johor.
01:17Sebaliknya berharap pelantikan baru akan memastikan PN menang lebih banyak kerusi di negeri itu.
01:22Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended