Seorang bapa dan anak lelakinya yang dituduh terbabit dalam tembakan rambang di Pantai Bondi, Australia, bertindak sendirian dan bukan sebahagian daripada kumpulan pengganas yang lebih besar.
00:00Seorang bapa dan anak lelakinya yang dituduh terbabit dalam tembakan rambang di pantai Bondi, Australia bertindak sendirian dan bukan sebahagian daripada kumpulan pengganas yang lebih besar.
00:12Sajid Akram dan anaknya Navid didakwa membunuh 15 orang dalam serangan yang diinspirasikan oleh Daesh, mensasarkan festival Yahudi pada 14 Disember lalu.
00:23Pesuruh Jaya Polis Persekutuan Australia Chrissy Barrett berkata setakat ini tiada bukti menunjukkan perkara itu.
00:31Pasangan itu dikatakan melancong ke selatan Filipina beberapa minggu sebelum serangan menimbulkan syak bahawa mereka mungkin mempunyai kaitan dengan pengganas dirantau yang mempunyai sejarah pemberotakan.
00:53Barrett menambah polis akan terus menyiasat sebab pasangan itu melancong ke Bandar Davao di mana rakaman kamera lita tertutup CCTV menunjukkan mereka hampir tidak meninggalkan Hotel Bajat tempat mereka menginap.
01:20Polis percaya kedua-duanya merancang serangan itu dengan teliti selama beberapa bulan dan menyiarkan gambar menunjukkan mereka berlatih dengan senapan patah di kawasan luar bandar Australia.
01:32Menurut polis, mereka juga merakam video pada Oktober yang mengecam Zionis sambil duduk di hadapan bendera kumpulan Daesh.
01:39Sajid Akram ditembak mati oleh polis ketika serangan. Beliau warga negara India dan memasuki Australia dengan visa pada 1998.
01:47Anak lelakinya Navid lahir di Australia dan kini ditahan, didakwa dengan 15 tuduhan pembunuhan serta pelbagai kesalahan serius lain.
01:57Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan tindakan tegas nasional terhadap pemilikan senjata api dan ucapan kebencian susulan serangan itu dengan janji undang-undang lebih ketat dan hukuman lebih berat.
02:11Beliau juga mengumumkan skim pengambilan balik senjata besar-besaran untuk mengeluarkan senjata dari jalan raya.
02:18Albanese turut memerintahkan semakan terhadap polis dan pengkhidmatan perisikan negara.
Be the first to comment