Skip to playerSkip to main content
  • 1 hour ago
Pemuda Perikatan Nasional menegaskan semua keputusan yang dibuat atas nama gabungan itu wajib dirujuk dan diputuskan secara konsensus dalam Majlis Tertinggi PN, selaras Perlembagaan Perikatan Nasional. Pendirian itu dinyatakan susulan isu peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi PN.
Transcript
00:00Seterusnya, pemuda Perikatan Nasional PN menegaskan bahawa semua keputusan yang dibuat atas nama Perikatan Nasional mesti dirujuk, dibincangkan dan diputuskan secara konsensus oleh semua parti komponen melalui majlis tertinggi Perikatan Nasional.
00:15Dalam kenyataan media bersama bertarikh 30 Disember 2025, pendirian itu dinyatakan susuran peletakan jawatan Tan Sri Medin Yassin sebagai pengurusi Perikatan Nasional.
00:24Menurut kenyataan berkenaan, sebarang keputusan atau pendirian rasmi Perikatan Nasional bukan hak mutlak mana-mana parti komponen untuk ditentukan secara unilateral.
00:36Sebaliknya perlu dirujuk dan diputuskan bersama selaras dengan fasal 13 Perlembagaan Perikatan Nasional.
00:43Pemuda PN menegaskan bahawa walaupun setiap parti komponen berhak menyatakan pandangan masing-masing, pendirian gabungan mestilah dimuktamadkan secara konsensus oleh semua parti komponen demi menjaga kestabilan dan keharmonian dalam gabungan itu.
00:59Dalam masa sama, pemuda Perikatan Nasional menggesa kepimpinan di semua peringkat supaya mengamalkan politik berteraskan hikmah, kebijaksanaan serta memelihara adab dan etika gabungan.
01:10Ini bagi merealisasikan agenda yang lebih besar demi kesejahteraan rakyat dan masa depan Malaysia.
01:17Kenyataan media bersama itu dikeluarkan oleh Hilman Idham, Ketua Armada Bersatu Malaysia, Lee Boon Sian, Ketua Pemuda Nasional Gerakan dan Justin Prabakaran, Ketua Pemuda Kebangsaan MIPP.
01:31Sebagai pendirian rasmi, tiga ketua pemuda parti komponen Perikatan Nasional berhubung isu kepimpinan tertinggi gabungan tersebut.
01:40Terima kasih kerana menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended