Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata lapangan terbang itu kini siap 71 peratus dan akan dilengkapi landasan sepanjang 800 meter serta menara kawalan trafik setinggi 12 meter.
Transcript
00:00Projek pembinaan lapangan terbang Universiti Tun Husin On Malaysia, UTHM,
00:05bernilai RM18.3 juta di Tanjung Labuh, Batu Pahat,
00:09dijangka siap sepenuhnya pada April 2026 dan bakal menjadi mercu tanda baharu Johor.
00:15Exko Kerja Raya Pengangkutan Infrastruktur dan Komunikasi Johor,
00:19Mohd Fazli Mohd Saleh berkata, lapangan terbang itu kini siap 71%.
00:24Dalam satu hantaran di Facebook, beliau berkata ia akan dilengkapi landasan sepanjang 800 meter
00:32serta menara kawalan trafik setinggi 12 meter.
00:36Lapangan terbang itu didirikan di kawasan seluas 22.6 hektare.
00:41Ujannya Tanjung Labuh berpotensi menjadi Maldives Selatan di Malaysia
00:45dan UTHM pula akan muncul sebagai universiti pertama di Asia Tenggara
00:50yang memiliki lapangan terbang maritim sendiri.
00:53Tambahnya lapangan terbang itu bukan sahaja berfungsi sebagai pusat latihan juruterbang
00:59malah ia berpotensi menawarkan perkhidmatan penerbangan sewaan,
01:03pesawat laut selain pusat penyelenggaraan,
01:06pembaikan dan baik pulih MRO pesawat serta helikopter.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended