00:00Israel mengenakan perintah berkurung atas sebuah perkampungan Palestine di tebing barat yang diduduki, menandakan hari kedua operasi di kawasan itu selepas seorang penduduk tempatan membunuh dua warga Israel.
00:12Perkara itu dimaklumkan Menteri Pertahanan Israel, Israel Khan dalam satu kenyataan atas alasan pihaknya tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang keganasan yang dilakukan Palestine.
00:22Jelasnya pasukan pencerobohan Israel, IDF sedang menjalankan operasi secara tegas terhadap sarang keganasan di Kabatia disertai dengan perintah berkurung dan sekatan penuh di kawasan terbabit.
00:35Pihaknya akan meneruskan laksanakan dasar tegas tanpa tolak ansur terhadap keganasan Palestine.
00:41Menurut polis rejim Zionis, penyerang yang didakwa bekerja secara haram di Israel menggunakan kenderaan majikannya untuk merempuh seorang lelaki berusia 68 tahun sebelum menikam seorang remaja perempuan berusia 18 tahun sehingga maut.
00:54Sekarang kurangnya 44 warga Israel terdiri daripada anggota tentera dan orang awam dilaporkan terbunuh dalam serangan Palestine atau operasi ketenteraan Israel dalam tempoh yang sama di tebing barat.
Comments