00:00Peneroka haram Israel yang merampas tanah Palestine dilaporkan memperluaskan pos penempatan haram mereka di Bandar Nablus di utara Tebing Barat Gaza pada Khamis.
00:10Menurut organisasi Undang-Undang Al-Baidar, langkah itu dilihat sebagai usaha untuk menguasai lebih banyak kawasan milik Palestine.
00:18Jelas Al-Baidar kumpulan tersebut bertindak menambah rumah di pos penempatan haram yang dibina di Bukit Kharkovah antara Bandar Akroba dan Juris di Tenggara Nablus.
00:32Tegasnya tindakan ini adalah kesinambungan kepada peluasan pos penempatan haram di tanah Palestine sekaligus mengancam komuniti Palestine dan hak pemilikan mereka.
00:42Di samping itu peneroka haram Israel tersebut dilaporkan turut mendebang kira-kira 150 pokok zaitun miliki penduduk Palestine di Timur Al-Khalil.
00:52Al-Baidar menjelaskan meskipun pos penempatan ini dianggap haram oleh pihak berkuasa Israel, kebanyakannya akhirnya bertukar menjadi penempatan Yahudi selepas tempoh tertentu.
01:02Dalam pala itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB dalam satu kenyataan memaklumkan serangan oleh peneroka Israel terhadap penduduk Palestine di Tebing Barat yang diduduki kini berada pada tahap tertinggi dalam tempoh 20 tahun sejak mula direkodkan.
01:19Sejak Israel melancarkan serangan ke atas semenanjung Gaza pada Oktober 2023, jumlah penahanan, serbuan dan serangan terhadap penduduk Palestine di Tebing Barat dan Baitul Mokadis Timur Barat turut meningkat.
01:32Dianggarkan kira-kira 451,000 peneroka haram Israel di Tebing Barat dan sekitar 230,000 di Baitul Mokadis Timur menetap di tanah yang dirampas daripada Palestine.
01:45Menurut Al-Baidar, kehadiran peneroka Israel di kawasan tersebut sekaligus menjadikan kehidupan harian penduduk Palestine semakin sukar meskipun berada di atas tanah mereka sendiri.
Comments