Suspek utama pembunuhan Suri Narudin, yang mayatnya ditemui dalam beg ditanam di belakang rumah di Pedas, Negeri Sembilan, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tampin.
00:00Suspek utama pembunuhan Suri Narudin yang mayatnya ditemui dalam beg ditanam di belakang rumah telah dihadapkan ke Mahkamah Tampin Negeri Sembilan pada Jumaat.
00:11Tertuduh Zainizan Zainal, 51 tahun, bagaimanapun hanya menunduk faham sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Magistret Muhammad Reza Azhar Rezali.
00:23Walau bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
00:29Mengikut pertuduhan, tertuduh yang dipercayai kekasih mangsa didakwa membunuh Suri Narudin, 53 tahun, di kawasan belakang sebuah rumah di Jalan Pedas Selinggi, dalam daerah Rembau Negeri Sembilan.
00:41Pembunuhan tersebut dilaporkan berlaku antara 7 hingga 18 Disember 2025 lalu.
00:46Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara antara 30 hingga 40 tahun.
Be the first to comment