00:00Bekas Perdana Menteri, Tuan Dr. Mahathir Mohamad menggesa kerajaan agar mempergiat serta memperluas bantuan kepada mangsa banjir di Sumatera Utara, khususnya di Aceh.
00:10Dr. Mahathir berpendapat kedudukan geografi Aceh yang terletak di barat semenanjung Malaysia berperanan sebagai penting semula jadi, sekaligus mengurangkan kesan bencana alam tertentu terhadap Malaysia.
00:21Segala ribut taufan daripada Lautan Hindi dan apabila sampai ke Malaysia, sudah tidak jadi ribut yang teruk lagi.
00:36Aceh adalah pelindung benting untuk selamatkan Malaysia.
00:42Sekarang mereka menghadapi Malapetaka, sepatutnya kita beri bantuan kepada mereka.
00:49Sebagai tanda kesyukaran kita, tanda budi kita terhadap jasa mereka melindungi Malaysia.
00:59Beliau berkata demikian menerusi siaran video yang dimuat naik di Facebook rasminya pada Khamis.
01:04Beliau turut menyingkap pengalaman tragedi tsunami pada 2004 apabila Aceh mencatatkan korban terbesar sekitar 167,000 orang,
01:12manakala Malaysia hanya merekodkan 67 kematian kerana faktor tersebut.
01:16Dr. Mahathir turut menyeru orang ramai mengelurkan sumbangan kepada Komite Peralihan Aceh KPA Pusat,
01:22iaitu sebuah organisasi yang berperanan dalam usaha kebajikan, koordinasi bantuan dan pemulihan pasca bencana di Aceh.
01:30Setakat ini, data Badan Nasional Penanggulangan Bencana BNPB, seramai 1,135 orang dilaporkan meninggal dunia,
01:37123 orang masih hilang.
01:39Manakala kira-kira 4,900 orang cedera dengan 52 kabupaten atau kota terjejas akibat bencana.
Be the first to comment