00:00Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Besar Perlis Mohd Syukri Ramli menyokong tindakan PAS Pusat menghentikan serta-merta keahlian tiga ahli Dewan Undangan Negeri Adun Perlis pada Rabu.
00:12Dalam satu kenyataan, beliau berpandangan keputusan PAS Pusat itu jelas menunjukkan ketegasan parti dalam mempertahankan prinsip, disiplin dan amanah perjuangan.
00:22Namun menurut Mohd Syukri, setiap perkara yang berlaku mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Jelas beliau tindakan PAS Pusat membuktikan prinsip, disiplin serta amanah perjuangan yang sentiasa dijunjung tinggi sambil berharap agar Allah memberikan kebaikan dunia dan akhirat.
00:39Pada Rabu, PAS Pusat mengumumkan tindakan menghentikan keahlian tiga adun iaitu Sa'ad Seman, Cuping, Fakrul Anwar Ismail Bintong dan Mohd Rizwan Hashim Gua Sanji.
00:51Pengumuman tersebut dibuat Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang. Ketetapan itu dibuat menerusi mesyuarat khas jawatan kuasa kerja PAS Pusat di Pejabat Presiden PAS di Rusi Lamarang, Terengganu.
01:03Menurut Abdul Hadi, keputusan dibuat berdasarkan fasal 76 dan fasal 15A-1-B Perlembagaan PAS Pindaan 2025 bahawa keahlian tiga wakil rakyat terbabit terhenti serta merta.
01:17Sebelum ini, media tempatan melaporkan pergolakan dalam Perikatan Nasional PN Perles apabila lapan adun didakwa tidak lagi menyokong kepimpinan Muhammad Syukri dan menyerahkan akuan bersumpah kepada pihak Istana Perles.
01:29Kumpulan itu didakwa melibatkan tiga adun PAS dan selebihnya daripada bersatu.
01:35Untuk rekod Perles mempunyai 15 kerusi DUN dan pada pilihan raya umum ke-15 PRU-15, PN mencipta sejarah apabila memenangi 14 kerusi.
01:45Manakala Pakatan Harapan PH hanya memenangi satu kerusi di DUN Indera Kayangan.
Be the first to comment