Skip to playerSkip to main content
  • 7 weeks ago
Mohd Zunaidi berkata Malaysia ketika ini berada dalam fasa La Nina yang lemah dan dijangka berterusan sehingga Februari 2026.
Transcript
00:00Jabatan Meteorologi Malaysia-Med Malaysia setakat ini tidak mengesan sebarang indikator saintifik yang menunjukkan risiko berlaku banjir besar atau hujan ekstrim pada awal tahun 2026.
00:11Menurut tebalan Ketua Pengarah Strategik dan Teknikal Med Malaysia Muhammad Zunerimat, penilaian semasa mendapati keadaan cuaca negara masih berada dalam julat terkawal walaupun Malaysia kini sedang melalui Fasa Munsun Timur Laut MTL.
00:25Jelas beliau tiga indikator saintifik utama yang lazim digunakan bagi menilai potensi kejadian hujan ekstrim di Malaysia.
00:34Antaranya ialah La Nina atau El Niño.
00:38Sejarah menunjukkan bahawa episod banjir besar di Malaysia ini sering berlaku semasa La Nina.
00:44Tapi tidak semestinya semasa La Nina saja. Ada kejadian yang berlaku pada El Niño yang lemah.
00:57Yang kedua, kita kena tengok episod luruan sejuk daripada Siberia.
01:01Sekiranya luruan sejuk daripada Siberia ini agak kuat, ia membolehkan hujan lebat bila digabungkan dengan yang La Nina tadi.
01:16Ini boleh diukur dari segi saintifiknya daripada keceronan ataupun perbezaan tekanan tinggi rendah antara dua kawasan.
01:25Semakin tinggi perbezaan itu, semakin kuatlah angin tersebut.
01:31Dan yang ketiga, biasanya kita akan tengok kekerapan sistem tekanan rendah.
01:37Zunaidi berkata Malaysia ketika ini berada dalam fasa La Nina yang lemah dan dijangka berterusan sehingga Februari 2026.
01:45Selain itu, Med Malaysia juga menganggarkan taburan hujan bagi luruan monsoon.
01:48Dari 25 hingga 29 Disember ini berpotensi mencecah sehingga 150 mm sehari di kawasan tertentu.
01:57Ini termasuk perkembangan luruan angin sejuk yang kuat serta kewujudan kawasan bertekanan rendah berhampiran negara
02:03bagi memastikan amaran awal dapat dikeluarkan jika perlu.
Comments

Recommended