Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Polis mengesahkan insiden pergaduhan yang tular di media sosial baru-baru ini melibatkan empat individu di sebuah restoran di Taiping telah disiasat dan diselesaikan secara baik oleh pihak terbabit pada 20 Dis lalu.
Transcript
00:00Polis mengesahkan insiden pergaduhan yang tular di media sosial baru-baru ini melibatkan empat individu di sebuah restoran di Taiping telah disiasat dan diselesaikan secara baik oleh pihak terbabit pada 20 Disember lalu.
00:15Ketua Polis Daerah Taiping SCP Mohd Naseh Ismail berkata insiden itu berpunca daripada perselisihan faham antara dua pelanggan dan dua pekerja restoran berkenaan.
00:24Katanya kesemua individu yang terlibat telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah IPD Taiping bagi tujuan sasatan dan telah mencapai kata sepakat untuk menyelesaikannya secara baik pada hari sama kejadian berlaku.
00:37Kedua-dua pihak juga telah membuat laporan polis yang menyatakan perselisihan faham tersebut telah diselesaikan dengan baik.
00:44Mohd Naseh menambah terdapat juga video lain yang memaparkan mereka bersalaman dan turut-tular di media sosial.
00:50Justeru beliau menyeru masyarakat khususnya penduduk Taiping supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian itu yang boleh menimbulkan kegusaran awam.
00:59Sebaliknya sebarang maklumat adalah disarankan terus disalurkan kepada pihak polis untuk memastikan kesejahteraan dan ketertamaan awam terpelihara.
01:06Terima kasih kerana menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended