00:00Polis menahan 12 lelaki orang asli kerana disyaki menceroboh ladang sawit milik sebuah syarikat di kampung Tanam Rompin pada Selasa.
00:10Ketua Polis Daerah Rompin Superintenden Syarif Syai, Syarif Mondoy berkata,
00:15kesemua suspek berusia 20 hingga 44 tahun itu ditahan pada 10.30 pagi selepas pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki iaitu wakil syarikat terbabit.
00:25Katanya lelaki berusia 44 tahun tersebut telah membuat laporan pada 9 pagi berkaitan 12 orang asli telah berkumpul di kawasan ladang sawit milik syarikat itu tanpa kebenaran.
00:38Justeru Syarif Syai berkata, polis telah menahan kesemua lelaki terbabit bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan.
00:46Beliau berkata kesemua tangkapan masih berada di ibu pejabat polis daerah Rompin sebelum kes dirujuk ke pejabat timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut pada Rabu.
00:55Katanya mengikut surat perintah Mahkamah Tinggi Kuantan yang dikeluarkan pada 15 Oktober lepas, pihak orang asli kampung tanam telah diarahkan untuk mengosongkan tanah tersebut dan memberikan milikan tanah kepada syarikat berkenaan.
01:07Beliau berkata pihaknya tidak akan berkompromi dengan aktiviti pencerobohan tanah yang mempunyai pemilikan sah sama ada milik individu atau syarikat dan menasihatkan mana-mana pihak perlu mempunyai geran pemilikan yang sah untuk mengusahakan tanah.
Be the first to comment