Skip to playerSkip to main content
  • 3 months ago
Dalam satu kenyataan, keluarga kepada Konstabel Polis New South Wales (NSW), Scott Dyson yang merupakan seorang daripada dua pegawai yang cedera dalam insiden serangan di Pantai Bondi, Sydney mengesahkan keadaan Scott kini semakin pulih.
Transcript
00:00Bertemu kembali, seorang pegawai polis yang cedera dalam serangan di Bondi Beach ketika sambutan Hanukkah di Australia telah sedar daripada koma memetik kenyataan keluarganya.
00:10Constable Police New South Wales NSW, Scott Dyson merupakan seorang daripada dua pegawai yang cedera ketika bertindak balas terhadap insiden berkenaan.
00:22Kenyataan itu sahkan Scott semakin pulih dari hari ke hari dan menyifatkan ia sebagai perkembangan positif.
00:28Keluarga Scott juga berterima kasih kepada orang ramai atas sokongan, mesej dan doa yang dititipkan kepada Scott serta keluarga dalam tempoh yang suka.
00:38Sementara itu keluarga seorang lagi pegawai Constable Percubaan Jack Hibbert memaklumkan pada selasa beliau dibenarkan keluar dari hospital.
00:47NSW Health pada selasa memaklumkan seramai 12 pesakit masih menerima rawatan di hospital.
00:53Empat daripadanya berada dalam keadaan stabil.
00:55Pihak penyiasat mendakwa Navid Akram bersama bapanya, Sajid Akram, melepaskan tembakan ke arah orang ramai di Archer Park, Sydney pada 14 Disember.
01:05Serangan itu mengorbankan 16 orang dan mencederakan puluhan yang lain.
01:10Navid berdepan pertuduhan membunuh dan keganasan, manakala bapanya ditembak mati polis di lokasi kejadian.
01:17Navid yang turut didakwa atas 40 pertuduhan lain dipindahkan dari hospital ke penjara pada Isnin dan dijadual hadis semula ke mahkamah di Sydney pada tahun baru.
Comments

Recommended