00:00Sebanyak 16,396 pemilik dan penunggang motosikal dikenakan tindakan sepanjang Ops Motosikal 2025 yang dijalankan sejak Januari hingga semalam.
00:09Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ Terengganu, Mohd Zamri Samion berkata, sebanyak 24,954 saman dikeluarkan, manakala 806 motosikal disita kerana kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.
00:22Beliau berkata tindakan itu hasil pemeriksaan terhadap 81,107 motosikal di seluruh negeri secara agresif dan berterusan.
00:33Antara kesalahan tertinggi dikesan ialah tiada lesen memandu, tiada pelindungan insurans dan lesen kenderaan motor LKM tamat tempoh.
00:41Kesalahan teknikal pula melibatkan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi, pengubahsuaian kenderaan dan ketiadaan cermin sisi.
00:49JPJ Terengganu mengeluarkan 5,803 notis panggilan temusiasat di bawah Seksyen 114 APJ 1987 kepada penungguan motosikal atas kesalahan melanggar lampu isyarat merah.
01:02Mohd Zamri menegaskan pihaknya memandang serius kesalahan ini dan akan mengambil tindakan lebih tegas bagi mengelakkan kemalangan serta kematian di jalan raya.
01:11Sementara itu, dalam Ops Rentas Sempadan dari 15 hingga 17 Disember, JPJ mengeluarkan 193 saman terhadap kenderaan perdagangan atas pelbagai kesalahan.
01:22Sebanyak 342 kenderaan diperiksa dan 90 daripadanya dikenakan tindakan kerana melanggar undang-undang.
01:30Terima kasih telah menonton!
Comments