Skip to playerSkip to main content
  • 2 months ago
Portal info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan jumlah mangsa banjir di Pahang terus mencatatkan penurunan setakat jam 6 pagi, Ahad.
Transcript
00:00Kemas kini, Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM maklumkan jumlah mangsa banjir di Pahang terus mencetakkan penurunan setakat jam 6 pagi Ahad.
00:10Ketika ini, seramai 5,001 orang daripada 1,689 keluarga masih ditempatkan di 41 pusat pemindahan sementara PPS di 7 daerah.
00:19Di Kuantan, 4,251 orang daripada 1,459 keluarga masih ditempatkan di 23 PPS berbanding 4,342 orang semalam.
00:32Ketika ini, 6 PPS masih dibuka di Pekan, 4 di Jerantut, masing-masing 3 PPS di Bera dan Temerloh serta 1 PPS melibatkan Rompin dan Maran.
00:42Manakala di Terengganu, 493 mangsa daripada 156 keluarga berada di 3 PPS di Kemaman.
00:48Di Dungun pula, masih terdapat seramai 57 mangsa daripada 22 keluarga berlindung di 2 PPS.
Comments

Recommended