00:00Pada 15 Disember, Presiden Indonesia Prabowo Subianto menegaskan pentadbirannya mampu tangani situasi banjir lumpur dan tanah runtuh yang melanda tiga wilayah di Sumatera.
00:18Namun, tinjauan Esrawani di Aceh pada minggu awal bencana berlaku menyaksikan para sukarelawan bergelut dengan kesukaran untuk memberi bantuan kepada mangsa bencana yang bertahan di dalam dewan dan kemah selaku pengungsi sejak 26 November lalu.
00:34Para sukarelawan memaklumkan beberapa kawasan terjejas sukar ditembusi, memaksa mereka mencari laluan alternatif termasuk melalui hutan demi mastikan bantuan keperluan asas seperti beras dan makanan kering dapat disalurkan kepada mangsa.
00:59Halangan terbesar adalah akses. Kerana akses masih banyak desa-desa ataupun gampung-gampung yang akses itu terputus total.
01:11Krisis air bersih pula kekal kritikal, memaksa sukarelawan mempergiatkan agihan ke kawasan terjejas apabila penduduk terus merayu bekalan walaupun hanya dalam jumlah kecil.
01:21Ada masyarakat yang bergondong-gondong bawa galen, bawa timbak untuk meminta air. Jadi kadang-kadang tujuan ke arah ke depan ada yang lagi cuma tertahan dengan masyarakat.
01:36Isu bantuan makanan turut menjadi kekangan utama di posko bencana dengan bekalan gas untuk memasak masih terhad.
01:43Malah ada sukarelawan terpaksa menggunakan dapur kayu untuk menyediakan makanan kepada ratusan pengungsi.
01:49Kendalanya di gas kerana lagi kalau masak itu susah kali.
01:54Kalau memakai kayu susah dan aturan kalau masalah aturannya itu untuk orang pengambilannya sudah tertip.
02:03Yang susah kendala gas ini untuk memasak. Untuk memasak masih kurang.
02:10Menurut data Badan Nasional Penanggulangan Bencana BNPB setakat 15 Desember,
02:16bencana itu telah merosakkan 8,100 fasiliti awam,
02:20434 rumah ibadat,
02:23219 fasiliti kesihatan,
02:26290 pejabat atau bangunan,
02:301,967 fasiliti pendidikan,
02:34145 jambatan,
02:36serta 186,488 buah rumah.
02:39Sementara pihak berkuasa berusaha memulihkan sistem perhubungan,
02:46bantuan yang diterima masyarakat masih tertumpu kepada keperluan pakaian dan makanan.
02:51Keadaan ini mendorong para sukarelawan supaya bantuan antarabangsa disalurkan segera
02:55bagi meringankan beban mangsa dan mempercepat proses pemulihan
02:59agar mereka dapat memiliki rumah sebelum menyambut Ramadan Februari depan.
03:03Maka dengan hadirnya bantuan internasional ini,
03:06yang kita harapkan adalah dapat dibangun kembali hunian kepada mereka,
03:11kepada saudara-saudara kita yang memang rumahnya itu hanyut.
03:15Maka kalau kita hanya berharap uluran tangan kepada saudara-saudara kita yang ada di sini,
03:21itu mungkin hanya mencukupi sandang dan pangan saja.
03:26Sedangkan tempat hunian yang layak kepada mereka korban ini,
03:31dalam tempoh mungkin satu bulan, dua bulan ini tidak teratasi.
03:36Untuk pembersihan rumah-rumah warga, itu yang sangat butuh kali itu.
03:42Itu yang paling penting, sangat penting.
03:46Kekurangan.
03:47Itu sangat penting.
03:48Malah beberapa hari ini masih terbengkalai kayu-kayu dan tanah-tanah masih tertimbun.
03:53Kalau secara kami ini, kerelawan antarabangsa,
03:58kalau kami ini memang sangat butuh.
04:01sangat butuh.
04:03Mereka itu kan tergantung pemerintah.
04:12Untuk rekod, Aceh pernah melalui fasa kritikal berulang kali.
04:16Semasa tsunami dahulu,
04:17bantuan antarabangsa memainkan peranan penting dalam mempercupat proses pemulihan
04:21apabila kerajaan mengensytiharkan bencana nasional tiga hari selepas tragedi.
04:26hari ini dan detik ini, tanah setinggi 1 hingga 2 meter yang memenuhi rumah,
04:35ribuan balak bertembaran,
04:37dan bangunan runtuh menjadi saksi sama ada tanggungjawab benar-benar ditunaikan
Be the first to comment