00:00Jumlah mangsa banjir di Pahang setakat jam 5 petang terus mencatatkan penurunan dengan 12,111 orang daripada 4,038 keluarga.
00:09Menerusi portal info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM, daerah Kuantan kekal mencatatkan jumlah tertinggi dengan 10,529 orang daripada 3,512 keluarga.
00:21Daerah Pekan turut catat penurunan dengan 969 orang daripada 336 keluarga, kini ditempatkan di 11 PPS melibatkan 6 mukim.
00:31Secara keseluruhan, 79 PPS masih dibuka di seluruh negeri Pahang melibatkan 8 daerah yang terjejas banjir.
00:38Selain Pahang, negeri Terengganu mencatatkan 525 orang daripada 181 keluarga yang kini ditempatkan di 13 PPS melibatkan 2 daerah.
00:48Ia membabitkan 439 orang daripada 147 keluarga di daerah Kemaman dan 86 orang daripada 34 keluarga di Dungun.
00:57Seterusnya di Johor, 356 orang daripada 93 keluarga kini ditempatkan di 3 PPS melibatkan 1 daerah.
01:04Manakala di Kelantan, 77 orang daripada 23 keluarga masih ditempatkan di 4 PPS membabitkan 1 daerah.
01:18Terima kasih telah menonton!
Comments