00:00Tapi dalam masa yang sama, kalau kita lihat mungkin perbualan hangat ialah mengenai kedudukan Menteri, Jabatan Perdana Menteri Wilayah Persekutuan itu.
00:07Satunya ialah di media sosial berkaitan dengan kaum.
00:09Tapi Prof menyatakan betapa pentingnya seorang ahli parlimen di wilayah persekutuan untuk menjadi Menteri Persekutuan, Menteri Wilayah.
00:20Dan juga adakah kerana kita didasari bahawa oh ini mungkin kementerian yang mempunyai banyak projek, banyak isu, bazar Ramadan dan sebagainya.
00:30Kerana itu di bawah sedar, itu yang berlega-lega dan juga di bawah pemahaman rakyat dan juga masyarakat dan juga orang politik juga.
00:37Jadi bagaimana Prof, kalau kita melihat bahawa kalau kita meletakkan YB Hanayu di kementerian wilayah itu, ekspektasinya juga ada yang tertentu.
00:44Dan juga perlu dipuaskan pengundi-pengundi bandar dan juga isu-isu yang cukup kompleks.
00:50Khususnya baik di Kuala Lumpur, Putrajaya maupun di Labuan.
00:53Ya, saya rasa itu memang akan menjadi satu cabaran bukan sahaja untuk Hanayu sendiri tetapi untuk seluruh DAP.
01:00kerana parti lawan sudah pasti sangat bersedia dan suka untuk melabelkan Hanayu sebagai contoh kuasa Cina mengedap orang Melayu, meminggilkan orang Melayu dan sebagainya.
01:14Jadi kalau Hanayu gagal menjalankan tugasnya terutama dalam isu-isu yang sangat bukan sahaja sensitif tetapi berisiko tinggi seperti UIA,
01:29maka ini akan menyiarkan, mengesahkan tuduhan itu tetapi sebaliknya kalau beliau dapat melakukannya dengan baik, saya rasa kampen tomahan terhadap DAP akan gagal.
01:45Kerana Menteri Cina tetapi boleh menjaga semua.
01:49Bagi saya, dari hutan merantau ke payah, dari Jambi belaya ke Belitung, Menteri biar bersih berupaya, tak kira kau semua pun untung.
02:01Yang penting kita perlu kembali kepada apa yang boleh dicapai dan saya ada keyakinan sedikit pada Hanayu
02:11kerana kalau kita lihat cara kerjanya daripada dulu sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor sampai jadi Timbalan Menteri Wanita dan Menteri Belia dan Sukan,
02:27beliau bekerja bersungguh-sungguh dan paling penting adalah beliau adalah seorang yang takfut, yang pandai membawa diri.
02:38Itu tak mestinya kualiti pada semua Menteri DAP.
02:43Tentu, bagi ramai anak muda, bagi ramai pengundi di luar sana, mereka menginginkan suatu barisan pemimpinan baru
02:50yang berkualiti, yang berintegriti, yang mampu berfikir dan mampu melakukan polisi-polisi yang terbaik buat negara.
02:58Itu dah tentu dan harapan saya adalah ada beberapa Menteri-Menteri yang lebih muda, YBR terkurup,
03:06contohnya di Kementerian NRES, YBR Akmal dan sebagainya.
03:11Ini adalah Menteri-Menteri yang bawah umur 50 tahun lah, bawah umur 45 tahun.
03:15Maka mereka ini, walaupun dalam konteks anak muda mungkin mereka tidaklah dalam usia 20-an atau 20-an,
03:23tapi dalam konteks politik kebangsaan, kita dapat nampak ada ahli-ahli politik 70, 80, 90 tahun,
03:30mereka ini dianggap muda untuk menjadi seorang Menteri.
03:34Jadi, harapan anak muda, harapan rakyat adalah Menteri-Menteri ataupun individu-individu ini
03:41mampu mengambil peluang yang diberikan untuk mereka lakukan yang terbaik, untuk mereka buat prestasi yang terbaik.
03:49Tapi saya juga nak sebut bahawa antara pelbagai individu-individu yang ada,
03:54ada juga yang individu yang kita dapat nampak bermasalah dari permulaan lah.
03:59Contohnya kita dapat nampak isu ataupun skandal daripada ustazah marhamah dan sebagainya.
04:05Maka bagi saya, ini adalah perkara-perkara yang perlu di avoid lah oleh PMX untuk memastikan bahawa
04:14apabila pihak kerajaan ingin melakukan atau menunjukkan bahawa kerajaan ada individu-individu yang hebat
04:21ataupun ketua-ketua yang hebat di bangku kerajaan, pemilihan siapa yang dinaikkan menjadi Menteri,
04:29pemilihan siapa yang dinaikkan menjadi Timbalan Menteri itu terdapat penting.
04:32Seperti mana yang disebut, ramai daripada mereka ini mungkin kurang dikenali.
04:36Tapi apabila mereka yang dah memang kurang dikenali
04:39tapi apa yang kita tahu pasal mereka pun tidak begitu baik, itu menjadi masalah.
04:44Maksudnya vetting ataupun proses memahami calon-calon ini tidak dilakukan dengan begitu baik.
Comments