Presiden Indonesia, Prabowo Subianto memberi jaminan aktiviti di kawasan terjejas banjir di Sumatera akan kembali normal dalam tempoh dua hingga tiga bulan.
00:00Presiden Indonesia Prabowo Subiantung memberi jaminan segala aktiviti di kawasan terjejas banjir di Sumatera akan kembali seperti biasa dalam tempoh 2 hingga 3 bulan akan datang.
00:11Kenyataan tersebut disampaikan, Prabowo selepas bencana dahsyat pada akhir November yang meragut lebih seribu nyawa dan menyebabkan kemusnahan besar.
00:21Data rasmi menunjukkan lebih 200 mangsa masih dilaporkan hilang dalam kejadian banjir lumpur dan tanah runtuh.
00:27Prabowo maklumkan ketika ini projek pembinaan semula di tiga wilayah terkesan teruk sudahpun dijalankan.
00:34Selain itu, beliau memohon maaf kerana pihak berkuasa tidak dapat melaksanakan pemulihan dalam masa singkat namun menjangkakan keadaan akan kembali normal seawal Mac 2026.
00:44Namun begitu, beliau menegaskan situasi di Sumatera kini terkawal dan mengesahkan beberapa pemimpin asing menawarkan bantuan.
00:51Tetapi menurut Prabowo, Indonesia mampu menguruskan sendiri proses pemulihan.
00:55Dalam pada itu, seorang pegawai kanan kerajaan menganggarkan pembangunan semula di Pulau Sumatera dijangka mendalam kos berjumlah 3.1 bilion dolar Amerika atau sekitar 12.7 bilion ringgit.
01:07Dalam perkembangan berkaitan, Kementerian Alam Sekitar Tempatan menggantung operasi syarikat yang didakwa melanggar peraturan selepas dawaan penerogaan haram hutan dan mewajibkan mereka menjalani audit.
01:17Tegas Presiden Indonesia itu, mana-mana firma yang didapati bersalah akan berdepan pembatalan permit.
01:22Untuk rekod, Indonesia mengumumkan sebanyak 22 permit pencerobohan hutan melibatkan kawasan lebih 1 juta hektare bakal dibatalkan, termasuk lebih 100 ribu hektare di Sumatera.
Be the first to comment