00:00Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Magistrik Bukit Mertajam pada Khamis
00:04atas pertuduhan membunuh isterinya pada 8 Disember lalu.
00:09Tertuduh Hairul Rizwan Abdullah, 28 tahun,
00:12hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadapnya
00:15dibacakan di hadapan Magistrik Nurul Rashidah Muhammad Akid.
00:20Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada lelaki itu
00:22kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa mahkamah tinggi.
00:26Mengikut pertuduhan, Hairul Rizwan didakwa membunuh
00:30Wan Hairul Safinah Ishak, 44 tahun,
00:33di sebuah rumah flat di Jalan Tuna,
00:35seberang jaya pada 8 Disember lalu, kira-kira jam 4 petang.
00:40Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Kesiksaan
00:44yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun
00:49tetapi tidak lebih 40 tahun
00:51serta sebat tidak kurang 12 sebatan jika sabit kesalahan.
00:56Tiada sebarang jaminan ditawarkan dan mahkamah menetapkan 10 Februari depan
01:00untuk sebutan semula kes bagi menunggu laporan kimia dan laporan bedah siasat.
01:06Terdahulu, tertuduh yang memakai baju berwarna kelabu
01:09tiba di mahkamah pada jam 8.50 pagi
01:12menaiki kenderaan pacuan 4 roda dan diiringi anggota polis.
01:16Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seorang lelaki dipercayai
01:20menyimpan mayat istrinya selama 4 hari
01:23selepas membunuh wanita tersebut di rumah mereka di seberang jaya.
01:28Difahamkan perbuatan suspek itu terbongkar
01:30selepas dia sendiri membuat laporan polis
01:33berhubung kejadian berkenaan pada pagi 11 Disember lalu.
Comments