- 4 months ago
Felo Penyelidik Pendidik MADANI, Dr Radin Imaduddin mengulas isu berkenaan dengan keputusan Kementerian Pendidikan (KPM) memansuhkan Sistem Pengurusan Latihan (SPL) pada tahun hadapan.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Pemansuhan itu adalah usaha kementerian dalam mengurangkan beban guru serta menjaga kementerian.
00:30Fadlina berkata pihak kementerian telah melakukan banyak intervensi dan melihat kekurangan-kekurangan serta bagaimana beban tugas guru ini harus ditangani secara berterusan.
00:41Jelasnya SPL KPM sering menjadi antara perkara yang dibincangkan dalam kalangan warga pendidik kerana dianggap boleh mengganggu fokus mereka terhadap tugas hakiki di dalam bilik darjah.
00:53Fadlina berkata demikian pada sidang media selepas majlis penyerahan sekolah baru 20 bilik darjah, asrama dan kemudahan lain di sekolah mendengah kebangsaan agama SMKA Seberang Prai, Tengah di SMKA Syekh Tahir Jalaluddin, Bukit Mertajam pada Ahad.
01:07SPL adalah portal dalam talian untuk guru dan pegawai KPM menguruskan maklumat latihan profesional, merekod kredit pembangunan profesional CPD serta mengakses kursus dalam talian dan mendapatkan sijil digital.
01:20Selain itu, ia turut berperanan sebagai pusat sehenti untuk pembelajaran kendiri dan pembangunan kerjaya dalam sektor pendidikan bagi menggantikan sistem lama seperti ESPLG, SPLG.
01:33Setiap guru disasarkan untuk mencapai sekurang-kurangnya 5 hari berkursus dan mengumpul 42 mata kredit setiap tahun melalui platform ini.
01:41Sebab itu saya sebut tadi dalam soal kita melihat tahun kehadapan, kita mahu guru kita memberikan tumpuan yang secara penuh dalam kelas dan khususnya untuk memberikan tumpuan kepada isu-isu kurikulum baru dan juga pelang penggunaan baru.
02:00Jadi SPLKPM ini kita hapuskan dengan hasrat untuk terus memberikan keyakinan dan juga sebagai usaha konsisten untuk terus mengurangkan beban guru.
02:11Kertas cadangan integrasi kerangka Sekolah Selamat 2.0 yang menangkumi 11 bahagian termasuk cadangan pindaan Akta Pendidikan 1996 dan penggubalan peraturan baharu akan dikemukakan kepada Kementerian Pendidikan pada suku pertama tahun depan.
02:28Ketua penyelidik kertas cadangan itu Prof. Madya Datuk Dr. Mona Ong-Viu-Siu berkata antara teras utama yang dicadangkan ialah Dasar Kesejahteraan Mental Sekolah Nasional.
02:38Menurutnya, Dasar itu akan menjadi payung utama bagi memastikan program berkaitan keselamatan mental dan psikologi dapat dilaksanakan secara tersusun serta bersepadu.
02:51Selain itu, dapatan sesi dialog pada Sabtu menunjukkan guru merupakan titik sentuhan psikologi pertama bagi pelajar,
02:58memandangkan kebanyakan mereka lebih selesa berkongsi masalah dengan guru kelas yang berinteraksi dengan mereka setiap hari berbanding guru kaunseling.
03:07Justeru, latihan psikologikal first aid PFA perlu diperkenalkan kepada semua guru, bukan sahaja kepada guru kaunseling,
03:14bagi membantu mereka memahami perubahan tingkah laku serta trauma yang dialami pelajar.
03:19Mona berkata selain peranan guru, hubungan antara pelajar, ibu bapa dan sekolah juga perlu diperkukuh kerana rata-rata pelajar terlibat dalam forum itu enggan mengadu masalah dihadapi kepada ibu bapa.
03:33Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar program literasi kesihatan mental untuk ibu bapa dilaksanakan melalui persatuan ibu bapa dan guru PIBG
03:41supaya ibu bapa mempunyai kefahaman asas mengenai aspek psikologi anak-anak.
03:46Mona berkata kertas cadangan berkenaan turut mengesyorkan penubuhan satu mekanisme penyelarasan nasional
03:52yang menggabungkan sekolah, kementerian pendidikan, kementerian kesihatan serta penyedia perkhidmatan klinikal
03:58dan semua kementerian berkaitan untuk bekerjasama di bawah satu madlis untuk membantu pelajar secara menyeluruh.
04:05Baik dan di jam ini saya akan bersama dengan Dr. Radin Imadudin, fellow penyelidik-pendidik madani
04:10yang sudah pun bersedia secara dalam talian untuk mengupas dengan lebih lanjut mengenai pemansuhan sistem SPL-KPM ini.
04:18Terima kasih Dr. Radin. Mungkin pertama sekali reaksi awal Dr. Radin apabila berita pemansuhan ini diperdengarkan kepada umum
04:27dan juga mungkin boleh terangkan sedikit kepada penonton apa relevannya sistem ini kepada guru-guru di Malaysia.
04:34Ya terima kasih Farhan. Apabila diumumkan pemansuhan SPL-KPM, sistem pengurusan latihan KPM ini
04:44sebenarnya bila saya rujuk dan semak dalam media sosial, rakan-rakan guru, rakan-rakan pendidik
04:50rata-rata menerima dengan sangat baik. Menerima dengan sangat terbuka sebab isu yang berlangsung kepada sistem ini
04:58sebenarnya telah berlanjutan lama. Di mana rakan-rakan guru memberikan respon bahawa
05:08masa mereka banyak terganggu. Sistemnya lagging, buffering dan mengganggu masa untuk mereka
05:16dan akhirnya menjadi beban kepada tugas harian mereka. Jadi dengan pemansuhan ini
05:22bermakna memberikan kelegaan besar kepada para guru. Cuma isu yang timbul ialah
05:30latihan itu masih ada eh. Maksudnya masih perlu buat latihan. Cuma isu dia di mana kita nak
05:36merekodkan selepas ini. Ini pada 14 hari bulan Disember. 16 Disember kemarin
05:44yang berbahagia Dr. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia KPPM Dr. Azam ada menyatakan bahawa
05:55bukan sekadar menukar sistem. Maknanya bukan daripada SPL KPM dimansuhkan tiba-tiba tukar kepada
06:05sistem yang lain pula. Ini banyak juga perbahasan dalam media sosial. Yang dimasukkan
06:10pemansuhan ini adalah pemansuhan yang sifatnya struktur. Tidak menjejaskan penyertaan
06:17pegawai KPM dalam kursus dan program pembangunan profesional. Termasuk latihan yang 5 hari itu
06:26dan pengiraan 42 jam mata kredit itu juga termasuk dimansuhkan. Jadi ini satu berita yang
06:32baiklah kepada warga Kementerian Pendidikan Malaysia.
06:34Doktor mungkin boleh jelaskan juga kenapa sistem ini diwujudkan pada asalnya. Apakah objektifnya
06:41dan adakah objektif itu tercapai sepanjang pelaksanaan sistem ini?
06:48Semua kakitangan awam termasuk guru-guru perlu membuat latihan tahunan. Kakitangan awam
06:56semua dia ada macam latihan sebanyak kalau saya tak salah tujuh hari ataupun empat puluh jam setahun.
07:03Yang ini ada dalam perkeliling perkhidmatan semua manusia dasar pembangunan bakat perkhidmatan
07:08awam tahun 2024. Maknanya semua kakitangan awam mesti ada latihan. Okey jadi latihan-latihan ini
07:15perlu direkodkan supaya kita dapat tahu perkembangan kita dari tahun ke tahun. Jadi saya fikir
07:21program ini baik, latihan ini baik bukan sekadar di Malaysia, di seluruh dunia.
07:27Kakitangan awam termasuk guru-guru memang ada latihan dan saya fikir mesti ada sistem
07:32yang merekodkan. Kalau dulu-dulu tahun lapan puluhan, sembang puluhan, perekodan ini
07:37secara manual ya. Sekarang dalam buku manual. Maksud ada buku kena catat secara manual.
07:42Tapi dah zaman teknologi digital dia telah alih kepada sistem yang digital lah web-based.
07:49Ya. Dan mungkin bagaimana doktor melihat langkah pemansuhan sistem SPL-KPM ini
07:56sebagai usaha reformasi struktur pendidikan di Malaysia?
08:02Sudah tentu saya melihat ini adalah satu perkembangan yang sangat baik.
08:06Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah kepimpinan YB Fadlina Siddiq ini jelas konsisten.
08:15daripada awal lagi beliau mentadbir kepimpinan apa nama Kementerian Pendidikan ini.
08:22Beliau telah pun menegaskan tentang tujuh langkah dalam meringankan beban tugas guru.
08:27Dan nampaknya perkara ini konsisten eh. Diteruskan dari masa ke masa.
08:31Dan terbaru apabila langkah memansuhkan SPL ini.
08:37dan saya fikir ini adalah satu lagi kejayaan besar dalam reformasi pendidikan
08:44dalam usaha mengurangkan beban tugas guru.
08:47Yang sebenarnya sifatnya dinamik ya Farhan eh.
08:49Beban tugas ini dia akan sentiasa ada berterusan.
08:52Dia bukan cerita 2-3 tahun. Dia dah 30 tahun dah.
08:55Tapi usaha berterusan itu kita boleh puji
08:58dan kita berikan kredit lah kepada kerajaan ini.
09:01Ya seperti yang doktor nyatakan tadi rata-rata guru yang mendengar berita ini
09:06mereka bersetuju dan juga menyambut baik.
09:09Tetapi ada juga yang mengatakan bahawa mungkin boleh lagi dikekalkan
09:12cumanya perlu melihat semula ataupun meneliti semula kapasiti server
09:17sistem SPL KPM ini.
09:20Adakah ia bersifat berskala nasional dan juga benar-benar mencukupi
09:23untuk menampung ratusan ribu guru di seluruh Malaysia ini
09:26yang mengakses sistem setiap hari.
09:29Adakah doktor Adin sependapat?
09:33Saya fikir SPL KPM ini kita telah gunakan beberapa tahun
09:38dan isu ini nampaknya dia berlarutan.
09:42Jadi saya fikir pada waktu yang sama juga
09:43sebenarnya dalam rekod latihan perkhidmatan awam ini
09:46dia ada juga namanya sebagai Hermes
09:49ataupun Sistem Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam
09:52di bawah kendalian JPA, Jabatan Perkhidmatan Awam.
09:56Jadi guru-guru juga sebenarnya dia mengisi
10:01perkara yang sama, lebih kurang sama juga latihan ini
10:05dalam sistem Hermes ini.
10:07Jadi dengan kata lain ada redundansi
10:09yang saya fikir mungkin dengan memansuhkan sistem SPL KPM ini
10:15fokus pelaporan tunggal hanya melalui sistem Hermes
10:21untuk latihan perkhidmatan awam ini termasuk guru-guru.
10:25Dan saya fikir ini adalah satu perkara yang baik sebenarnya.
10:29Kalau kita lihat struktur SPL ini, guru perlu mengumpul 42 mata
10:35kredit pembangunan profesional ataupun yang disebut sebagai CPD
10:38dan milima-lima hari latihan setahun.
10:40Dari surat dasar, apa rasional dan angka ini?
10:45Sebenarnya Pak Perhidmatan Mata Kredit itu dia fleksibel.
10:49Dia melalui pelbagai kaedah latihan termasuk membaca buku,
10:55membuat latihan kursus apa nama self seminar, webinar dan lain-lain.
11:03Jadi cara untuk mendapat mata kredit ini adalah fleksibel.
11:07Dan saya fikir lima hari itu adalah tempoh yang dirasakan sesuai untuk guru
11:14sebab dia perlu ditambah lagi dengan 40 jam mata kredit itu.
11:18Jadi saya ingat itu adalah perkara yang baik.
11:21Ketimbang dengan negara jiran kalau contohnya di Singapura,
11:25dia 10 hari.
11:26Kalau di negara seperti negara lain, jumlahnya agak tinggi sebenarnya.
11:35Jadi Malaysia memilih tempoh lima hari maksudnya mungkin adalah
11:41menimbangkan beban tugas yang ada di Malaysia, guru-guru di Malaysia
11:46dan saya fikir ini juga adalah perkara yang baik dan bila kita semak semula perkara ini
11:52dan ini akan menjadi perkara yang dikirakan sebagai ruang untuk menambah baik
11:59bagi mengurangkan beban tugas guru di Malaysia.
12:03Ya, dan kenapa mungkin langkah pemansuan ini dilihat sebagai langkah yang cukup baik
12:09dan juga ada yang mengatakan langkah ini cukup drastik tapi rata-rata bersetuju.
12:13Kenapa mungkin KPM tidak meneliti untuk menambah baik
12:18ataupun menstruktur semula sistem SPL KPM ini?
12:21Seperti yang saya sebut tadi Farhan, dia isu dia bukan tak tambah baik
12:25isu dia ialah sistem ini telahpun diberikan ruang dan masa untuk dia berada dalam
12:31digunakan oleh guru-guru.
12:35Bukan setahun, bukan dua tahun dan perkara ini telahpun berlanjutan lama
12:39dan saya fikir kita tak perlu lagi nak mengulang perkara yang kita tak boleh
12:46nak selesaikan sekiranya menggunakan sistem yang sama.
12:48Dia pernah berlaku satu peristiwa sebelum ini di pelaksanaan PBS pada awal tahun 2010-2011 tak silap.
12:59Tahun 2011 atau 2014 lebih kurang pada awal-awal PBS itu dilaksanakan.
13:05ada satu sistem namanya sistem pengurusan PBS, SPPBS.
13:11Dia menjadi satu polemik besar dalam negara pada waktu itu apabila rata-rata guru
13:16mengadakan demonstrasi saya ingat lagi pada waktu itu, dia bukannya sistem PBS itu yang salah
13:21tapi sistem itu yang perlu dihapuskan dan digantikan dengan yang lain.
13:26keadaan yang sama juga dalam SPL KPM ini, kita tak ada masalah dengan latihan keguruan
13:32cuma isu yang kita perlu tambah baik adalah untuk mengenalpasti bagaimana untuk
13:37membuat perekodan.
13:39Dan saya dengar juga pengumuman daripada Dr. Azam semalam
13:44perekodan tentang perkhidmatan awam akan dimasukkan melalui Hermes.
13:49tetapi perekodan yang sifat dia di sekolah, latihan di peringkat sekolah
13:55tanggungjawab ini adalah di bawah pengetua guru besar dan juga guru-guru penolong kanan.
14:00Maknanya apa?
14:01Apa yang KPM buat ialah untuk memberikan otonomi kepada pihak sekolah dalam menguruskan
14:06sendiri latihan mereka.
14:08Ini pada saya fenomenal.
14:09Ini adalah satu perkara yang sangat baik yang belum pernah lagi dibuat.
14:14Kalau saya semak dalam amalan-amalan di negara-negara lain
14:17saya ingat hanya Finland sahaja negara yang memberikan otonomi penuh kepada
14:22sekolah guru untuk merekodkan latihan kepada guru masing-masing.
14:27Ya. Adakah doktor melihat langkah seperti yang dilaksanakan Finland itu
14:30bersesuaian untuk dilaksanakan di negara kita?
14:35Ya.
14:37Finland guru-gurunya hebat.
14:40Guru-gurunya kompetitif.
14:42Ada kompetensi yang tinggi.
14:43Jadi saya fikir di Malaysia guru-guru kita tak kurang hebatnya.
14:49Maknanya seratus peratus guru di Malaysia telah pun mempunyai ijazah.
14:53Diploma pendidikan.
14:55Dengan kata lain dari segi kualiti kita tak kurang daripada negara-negara luar.
15:01Yang kita kurang berbeza dengan mereka adalah kita sistem kita ini terlalu centralize.
15:06Terlalu centralize.
15:07Semua dipusatkan kepada KPM.
15:10Yang akhirnya menyebabkan sistem itu membengkak di peringkat pusat tetapi akhirnya longgar di peringkat bawah.
15:18Jadi saya fikir sudah tiba masanya dan saya fikir kita perlu menyambut
15:25pengupayaan yang diberikan oleh YB Menteri Pendidikan
15:28kepada pihak sekolah dalam menguruskan sekolah masing-masing.
15:35Murid masing-masing dan akhirnya menguruskan sendiri latihan guru masing-masing.
15:40Baik masih lagi membincangkan tentang isu pemansuhan sistem SPL-KPM.
16:00Tadi saya bersama dengan Dr. Radin tetapi sebelum itu kita bawakan juga laporan yang berkaitan dengan dunia pendidikan
16:04di mana Jabatan Perangkaan Malaysia DOSEM di bawah Kementerian Ekonomi terus memperkukuh peranannya
16:10dalam pembangunan pendidikan negara
16:12menerusi pelaksanaan program Sekolah Angkat Madani selari dengan aspirasi Malaysia Madani
16:16yang berteraskan pembangunan insan secara holistik.
16:20Majlis Perasmian dan Penyerahan Projek Fizikal Sekolah Angkat Madani DOSEM
16:24disempurnakan oleh Ketua Perangkawan Malaysia
16:26Datuk Seri Muhammad Uzir Mahidin di Sekolah Kebangsaan Sungai Limau, Sungai Besar pada Isnin.
16:31Hadir sama Guru Besar Sekolah Perkenaan Ismail Husin
16:36Antara lain pelaksanaan program ini bukan sahaja menumpukan kepada penambahbaikan kemudahan fizikal sekolah
16:43malah mencerminkan komitmen DOSEM dalam memastikan setiap murid mendapat akses
16:48kepada persekitaran pembelajaran yang kondusif, selamat dan berkualiti
16:53tanpa menyira latar belakang sosioekonomi atau lokasi geografi.
16:57Menurut Muhammad Uzir, Pendekatan Sekolah Angkat Madani menuntut kerjasama bersepadu
17:02antara agensi kerajaan, pihak sekolah, komuniti setempat dan sektor korporat
17:07bagi memastikan intervensi pendidikan yang dilaksanakan benar-benar memberi impak kepada murid.
17:12Dengan kebersamaan kita di sekolah yang bergerak ke arah pembelajaran digital, penggunaan robotik dan sebagainya
17:20dan keterujaan saya kepada Sekolah Surungan Limau ini, dia ada kumpulan guru-guru, pengetua dan pelajar
17:27yang begitu bersemangat untuk membuat embracing ataupun adopt kepada teknologi.
17:32Dan walaupun mereka sebenarnya tidak didedahkan dalam bidang seseorang yang bidang IT teknologi
17:37tetapi dalam bidang agama seorang ustad tetapi boleh membina application dan boleh melihat
17:43kehadapan pembelajaran sendiri dan sebagainya. Ini satu ciri-ciri yang agak cemenlang
17:47dan saya jangka anytime sekolah ini boleh menjadi satu rujukan kepada banyak sekolah lain
17:53dan telah pun berlaku sebenarnya.
17:55Antara projek fizikal yang dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Sungai Limau
17:59termasuk perolehan peralatan pembelajaran seperti penyediaan penyaman udara
18:04bagi ruang pembelajaran abad ke-21, PAK-21 serta sistem siaraya untuk kegunaan Dewan Sekolah.
18:13Selain itu, penambahbaikan turut melibatkan pembinaan pagar keselamatan
18:17dan penyediaan dataran permainan prasekolah yang mesra kanak-kanak.
18:21Sebagai agensi sekolah angkat, DOSEM bukan saja bertindak sebagai penyelaras pelaksanaan program
18:27malah berperanan sebagai rakan strategik kepada pihak sekolah
18:30dalam membudayakan penggunaan data dalam pengurusan dan pemantauan pencapaian pendidikan.
18:36Melalui kepakaran dalam analitik data dan statistik,
18:40DOSEM turut menyokong pelaksanaan program literasi data, statistik dan digital kepada murid serta guru
18:46sejajar dengan keperluan pendidikan abad ke-21 dan perkembangan teknologi kecedasan buatan.
18:52DOSEM turut berperanan merapatkan hubungan antara sekolah, komuniti dan sektor korporat
18:58melalui jaringan kolaborasi yang lebih tersusun, merangkumi pelaksanaan bengkel,
19:03ceramah motivasi, pendidahan kerjaya serta aktiviti pembangunan sasya dan kepimpinan murid secara berterusan.
19:10Baik, masih lagi bersama dengan saya Farah Nakimi dan saya akan terus membincangkan
19:17bersama dengan Dr. Adin Imadudin, fellow penyelidik-pendidik madani berkenaan dengan
19:21pemansuhan sistem SPL-KPM.
19:23Dr. Banyak tadi kita telah bincangkan tetapi adakah perlunya juga diperkenalkan model latihan guru
19:29yang lebih fleksibel selepas ini dan juga mengambil kira capaian internet guru-guru di luar bandar
19:34dan sebagainya, bagaimana ia tidak membebankan guru di bandar yang sudah kini saya kira terbeban
19:41dengan masalah murid dan sebagainya. Kalau ia, apakah sistem itu dan boleh perincikan bagaimana ia berkesan?
19:50Dekat sini pentingnya pengumuman KPM apabila perekordan itu diuruskan oleh sekolah masing-masing.
19:59Jadi, terpulang kepada pihak sekolah untuk menggunakan kaedah yang sesuai kepada mereka.
20:08Dekat sini boleh offline, boleh online, boleh menggunakan sistem digital ataupun manual.
20:13Nak kemali pada zaman seman puluhan, pakai buku pun tak ada masalah.
20:18Poin penting dia ialah meneruskan latihan.
20:20Kunci perbincangan kita adalah bagaimana guru-guru meneruskan latihan yang mana ia adalah keperluan
20:29bukannya satu pilihan.
20:31Yang ini adalah yang paling penting.
20:33Jadi, dia terpulang dan dia memulangkan semula kepada accountability, integrity pengetua guru besar
20:42untuk menguruskan dan merekodkan latihan guru-guru termasuk di pedalaman.
20:48Jadi, saya fikir inilah perkara besar, reformasi besar yang tak pernah berlaku lagi sebelum ini
20:52yang kita perlu angkat dan berikan komitmen dan kreditlah kepada rupiah kerajaan.
21:00Ya, apa yang warga pendidik boleh jangkakan apabila sistem ini dimansuhkan?
21:05Mungkin dalam tempoh jangka masa yang pendek, mungkin minimum setahun kita ambil, doktor.
21:09Jangkakan begini, yang pertama sekali yang kita perlu jangkakan ialah
21:15untuk melaksanakan perkara ini, mula-mula sekali saya fikir pihak sekolah dia menunggu surat siaran
21:22ataupun surat perkeliling untuk pelaksanaannya.
21:25Tanpa surat siaran, maka benda ini dia akan jadi polemik selagi tak sampai kepada tangan sekolah.
21:30Yang kedua, apabila latihan ini dibuat, bermakna guru ada lebih masa
21:35untuk memberikan fokus kepada perkara yang lebih utama dalam sekolah
21:41iaitu masuk bilik darjah dan mengajak anak-anak.
21:44Nah, inilah perkara yang selalu diminta oleh pihak sekolah
21:47agar waktu mereka bersama dengan anak-anak tidak diganggu.
21:51Dan ini adalah ruang dan peluang yang ada.
21:55Dan yang seterusnya, untuk akan datang ini, kita akan melalui apa dipanggil
22:00sebagai kurikulum sekolahan baru.
22:02Jadi, kesediaan kita menghadapi 2027, kurikulum sekolahan 2007.
22:072026, tahun depan, kurikulum prasekolah 2026.
22:11Jadi, ini juga perlukan kesediaan untuk setiap guru-guru mempunyai latihan
22:18bagi menghadapi kurikulum yang baru ini.
22:20Saya fikir kita tak ada soalan tentang keperluan latihan.
22:26Keperluan latihan itu wajib sekarang ini kita serahkan kepada pihak sekolah
22:30dan pihak guru sendiri untuk menentukan analisis mereka, latihan yang mereka lakukan
22:34yang perlukan dan insyaAllah kita doakan yang baik-baik untuk guru-guru kita
22:38untuk mereka sendiri menguruskan persekolahan dan latihan mereka.
22:42Ya, apa harapan doktor apabila sistem ini dimansuhkan?
22:46Doktor ada mengatakan bahawa ia terpulang kepada sekolah untuk menentukan bagaimana mereka
22:49melaksanakan sistem latihan ini? Tetapi mungkin gambaran lebih besarlah untuk guru-guru kita.
23:00Apabila diberikan pengupayaan otonomi ini, yang saya bimbang ada dua perkara lah.
23:05Yang pertama, otonomi ini kuasa, otonomi ini datang dengan dua perkara.
23:10Yang pertama, dia datang dengan kompetensi.
23:12Adakah guru-guru kita ada kesatuan keupayaan untuk melaksanakan ini?
23:18Sebab kita ada sepuluh ribu sekolah, kita ada lima ratus ribu guru.
23:23Sikap, perangai, habit, perangai tak sama.
23:28Nak menguruskannya.
23:29Dan yang kedua, kena ada accountability dan integrity.
23:32Ini juga adalah satu perkara yang menjadi perbahasan juga.
23:36Contohnya apabila kita memberi kebebasan, kelewasan untuk melaksanakan PBD,
23:44pentaksiran bilik darjah.
23:45Itu pun menjadi polemik sampai hari ini.
23:48Adakah guru kita berupaya memberikan pentaksiran itu secara objektif,
23:53professionally, done dalam bilik darjah untuk anak-anak murid mereka.
23:59Tapi sekali lagi, sekiranya kita berada dalam kebimbangan,
24:04kita tak akan bergerak ke hadapan.
24:06Jadi saya fikir perkara penting sekarang ini adalah untuk meletakkan kepercayaan penuh
24:11kepada guru-guru, kepada pasukan guru dipimpin oleh pengetua guru besar
24:15untuk menabigasi perkembangan sekolah mereka.
24:21Dan inilah perkara yang sama-sama kita harapkan juga daripada ibu bapa
24:24untuk membantu dan menyokong perkembangan ini.
24:27Baik, kita ucapkan terima kasih kepada Dr. Radin Imaduddin,
24:30fellow penyelidik-penidik madani,
24:32atas ulasan mengenai pemansuhan sistem pengurusan latihan SPL-KPM
24:37pada tahun hadapan yang mana kalau kita lihat
24:40kenyataan Menteri Pendidikan, Fahdina Siddiq,
24:42dia mengatakan bahawa pemansuhan ini adalah
24:44sebagai usaha kementerian dalam mengurangkan beban guru
24:47serta menjaga kebajikan guru.
24:51Saya kira itu sahaja yang dapat saya bawakan dalam pantau agenda reformasi jam ini.
24:54Saya Farhan Hakimi, salam hormat.
24:56Terima kasih kerana menonton!
Comments