Skip to playerSkip to main content
  • 2 months ago
Bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengarahkan sekatan penuh terhadap semua kapal tangki minyak yang memasuki atau meninggalkan Venezuela, sambil melabel rejim negara itu sebagai organisasi pengganas asing.
Transcript
00:00Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengarahkan sekatan penuh terhadap semua kapal tangki minyak daripada memasuki atau meninggalkan Venezuela.
00:08Kenyataan yang dibuat menerusi hantaran dalam truth social itu susulan dakwaan kecurian aset, selain dakwaan berkaitan keganasan, penyeludupan dadah dan pemerdagangan manusia di perairan Caribbean.
00:19Teram dalam hantaran beliau turut menyifatkan kepimpinan Venezuela sebagai organisasi pengganas asing.
00:28Menerusi hantaran tersebut, Teram berkata sekatan penuh terhadap kapal tangki minyak akan dilaksanakan.
00:36Difahamkan juga langkah itu diumumkan seminggu selepas Amerika Syarikat merampas sebuah kapal tangki minyak yang dikenakan sekatan di perairan Venezuela
00:45sebagai sebahagian daripada kempen tekanan terhadap kerajaan Presiden Nicholas Maduro.
00:52Dalam perkembangan yang sama, Maduro ketika berucap pada satu acara sebelum kenyataan Trump berkata,
00:57Kuasa imperialisme dan golongan pelampau kanan mahu menjajah Venezuela untuk menguasai kekayaan minyak, gas, emas dan mineral lain.
01:07Tekas Maduro, Venezuela akan terus mempertahankan kedaulatan negara dan memastikan keamanan dikekalkan.
01:15Kempen Trump telah meningkatkan kehadiran ketenteraan di rantau berkenaan dengan lebih 12 serangan terhadap kapal di Lautan Pasifik dan Laut Karibian berhampiran Venezuela mengorbankan sekurang-kurangnya 90 orang.
01:29Permusuhan dua pemimpin ini dilihat belum menemui sebarang penyelesaian apabila Trump memberi bayangan serangan darat ke atas Venezuela akan dilancarkan dalam masa terdekat.
Comments

Recommended