00:00Pemberuan suspek tembakan yang mengorbankan dua pelajar Brown University dan mencederakan tujuh lagi kini memasuki hari keempat.
00:07Pihak berkuasa termasuk Biro Siasatan, Persekutuan FBI mengeluarkan rakaman CCTV menunjukkan suspek berjalan pantas dan berlari di beberapa jalan berhampiran lokasi kejadian kira-kira sejam sebelum serangan berlaku.
00:20Rakaman menunjukkan ada seorang lelaki berpakaian gelap dan memakai pelitup muka di tempat kejadian.
00:25Seorang lelaki berusia 20-an ditahan pada ahad lalu tetapi dibebaskan selepas sesatan mendapati suspek itu tidak terlibat.
00:33Pihak berkuasa tidak mendedahkan bukti yang membawa kepada penahanan awal itu.
00:37Brown University, salah satu universiti Ivy League tertua dan berprestij di Amerika Syarikat dengan hampir 11,000 pelajar, telah membatalkan peperiksaan dan kelas untuk baki sesi tahun ini.
00:49Masa yang terkorban ialah Ella Cook, pelajar tahun 2 dari Alabama dan Muhammad Aziz Umur Sokov, pelajar tahun pertama kelahiran Uzbekistan yang menetap di Virginia.
Comments