Skip to playerSkip to main content
  • 4 months ago
Peguam kepada ahli perniagaan kontroversi, Albert Tei menegaskan rakaman kamera badan anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semasa serbuan pada 28 November lalu disahkan wujud, sekali gus menimbulkan persoalan mengapa rakaman itu masih belum didedahkan kepada umum.
Transcript
00:00Seterusnya, Peguam kepada Ahli Perniagaan Kontroversi Albert T.
00:04menegaskan rakaman kamera badan anggota Seranjaya, Pencikara Suah Malaysia,
00:08SPRM, semasa serbuan pada 28 November lalu, disahkan wujud sekaligus menimbulkan persoalan
00:14mengapa rakaman itu masih belum didedahkan kepada umum.
00:17Dalam kenyataan pada Rabu, Mahajoth Singh berkata,
00:20pengesahan kewujudan rakaman kamera badan itu diperulis semasa sesi soal siasat
00:25yang dijalankan di kediaman anak guamnya apabila pegawai polis menunjukkan
00:29imej pegon yang di ekstrak daripada rakaman berkenaan.
00:34Menurut beliau, pendedahan itu amat penting kerana sebelum ini,
00:38Ketua Polis Selangor Dato' Shazli Kaha mengeluarkan kenyataan pada Isnin lalu
00:42menyatakan tiada bukti menyokong dawaan senjata api dihalakan ke arah Albert T.
00:47dan ahli keluarganya semasa serbuan tersebut.
00:50Bagaimanapun, Mahajoth menegaskan kenyataan itu dibuat terlalu awal kerana pada ketiga itu,
00:56polis belum merekodkan keterangan saksi-saksi utama yang berada di lokasi kejadian.
01:02Jelasnya, saksi-saksi penting termasuk isteri anak guamnya, ibu mertua,
01:06serta pembantu rumah hanya diambil keterangan mereka pada selasa.
01:10Oleh itu, katanya sebarang kesimpulan bahawa tiada bukti adalah pramatang dan tidak wajar.
01:16Beliau turut mempersoalkan kegagalan pihak berkuasa menayangkan rakaman penuh kamera badan itu
01:21kepada Albert T. dan ahli keluarganya,
01:23walaupun kewujudannya telah disahkan secara rasmi melalui paparan imej pegun.
01:29Menurutnya, keengganan berterusan untuk menedahkan rakaman tersebut
01:33tidak mempunyai sebarang justifikasi penyiasatan yang sah,
01:36malah bercanggah dengan prinsip ketelusan.
01:40Mahajoth berkata, isu berkenaan sebenarnya boleh diselesaikan dengan cepat dan tuntas
01:45sekiranya rakaman kamera badan dan rakaman kamera lita tertutup CCTV
01:49yang dirampas dari kediaman Albert T. didedahkan kepada orang awam.
01:54Sehubungan itu, beliau menegaskan tiada asas undang-undang untuk pihak berkuasa
01:59terus menyimpan dekode CCTV yang dirampas dan menuntut supaya peralatan itu dipulangkan serta-merta.
02:05Selain rakaman CCTV dan kamera badan didedahkan tanpa berlengah.
02:11Media sebelum ini melaporkan polis masih belum memperoleh bukti atau keterangan
02:14yang dapat menyokong dawaan bahawa pegawai SPRM mengacukan senjata
02:18semasa serbuan dan penahanan Albert T. dikediamannya di Puchong pada 28 November lalu.
02:24Ketua Polis Selangor Datuk Shazli Kaha mengesahkan bahawa satu laporan berhubung kejadian itu
02:29telah diterima di IPD Sepang dibuat oleh seorang wanita yang juga isteri kepada ahli perniagaan terbabit.
02:36Dalam kejadian berkenaan, isteri Albert T. Lee Perry mendakwa pegawai SPRM bertindak kasar
02:42ketika serbuan dijalankan termasuk mengacukan pistol ketika digari.
02:46Bagaimanapun, Ketua Pesuruh Jaya SPRM Tan Sri Azambaki menafikan dawaan tersebut
02:51dan menegaskan bahawa penahanan itu dilaksanakan mengikut prosedur operasi standar yang telah ditetapkan.
Comments

Recommended