00:00Hujan lebat berterusan di Pahang mengakibatkan negeri itu kembali dilanda banjir.
00:04Kemas kini, portal info bencana JKM maklumkan seramai 2,049 mangsa daripada 631 keluarga
00:11ditempatkan di 16 pusat pemindahan sementara PPS di Kuantan dan Maran setakat 6 pagi Rabu.
00:17Sebanyak 1,951 mangsa ditempatkan di 13 PPS di Kuantan,
00:22manakala 74 penduduk daripada 19 keluarga berlindung di 3 PPS di Maran.
00:26Lamawet Jabatan Pengairan dan Saliran JPS pula menunjukkan bacaan paras air di Stesen Sungai Belat di Seridamai, Kuantan melebihi paras bahaya.
00:35Di Terengganu, jumlah mangsa banjir menurun kepada 108 orang daripada 30 keluarga setakat 6 pagi Rabu
00:41berbanding 212 orang daripada 58 keluarga semalam.
00:45Hanya 6 PPS dibuka di daerah Kemaman.
00:48Sementara itu, di daerah Hulu Terengganu, kesemua 4 PPS telah ditutup semalam
00:52selepas semua mangsa dibenarkan pulang berikutan keadaan cuaca yang semakin baik.
00:56Di Sarawak pula, situasi banjir semakin pulih dengan hanya 1 PPS masih aktif di Miri.
01:02PPS yang masih beroperasi ialah PPS Bulan Sabit Merah
01:04yang menempatkan 6 mangsa daripada 2 keluarga yang terkesan akibat tanah runtuh.
Comments