00:00Industri pelancongan Sabah terus menunjukkan prestasi memberangsangkan apabila merekodkan nilai RM13.7 bilion dan menyumbang 12.0% kepada ekonomi negeri pada tahun 2024.
00:13Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Dato' Jeffrey Arifin berkata,
00:18industri itu mencatatkan pertumbuhan 4.2% berbanding tahun sebelumnya, sekaligus mengukuhkan peranannya sebagai antara pemacu utama ekonomi Sabah.
00:30Kata Jeffrey dalam satu kenyataan, menurut akaun satelit pelancongan wilayah ASPW Sabah keluaran dalam negeri kasar KDNK,
00:38pelancongan langsung Sabah turut merekodkan pertumbuhan 4.5% atau RM5.2 bilion kepada KDNK negeri pada tahun 2024.
00:50Prestasi positif ini didorong oleh peningkatan aktiviti perdagangan runcit sebanyak 3.2% berbanding 0.6% pada tahun 2023
00:59diikuti sektor perkhidmatan penginapan serta penyediaan makanan dan minuman yang meningkat 3.5%.
01:06Selain itu katanya, Agensi Pengembaraan, Perkhidmatan Tempahan, Kebudayaan, Sukan, Rekreasi serta Perkhidmatan Khusus
01:14bercirikan pelancongan negara menyumbang 13.5%.
01:19Manakala, Perkhidmatan Pengangkutan Penumpang dan Jualan Runcit Bahan Api Kenderaan mencatatkan sumbangan 9.5%.
01:26Mengulas mengenai guna tenaga, Jeffrey berkata, industri pelancongan Sabah menyediakan pekerjaan kepada 387,600 orang pada tahun 2024,
01:37meningkat 6.9% berbanding tahun sebelumnya.
01:41Jeffrey berkata, guna tenaga dalam industri pelancongan menyumbang 22.6% daripada keseluruhan guna tenaga di Sabah,
01:48iaitu hampir 1.4 tenaga kerja negeri.
01:51ESPW Sabah 2024 diterbitkan melalui kerjasama strategik antara Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah
01:58bersama Jabatan Perangkaan Malaysia, DOSEM dan merupakan penerbitan kali ketiga bagi Kerajaan Negeri Sabah.
Comments