Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Pertempuran bersenjata di sempadan Thailand-Kemboja melibatkan insiden tembakan dan pelanggaran wilayah, menyebabkan sekurang-kurangnya 38 orang terkorban dan lebih 500,000 penduduk dipindahkan.
Transcript
00:00Tentera Thailand menghentikan penghantaran bahan api melalui pos sempadan dengan Laos. Ia susulan kebimbangan bekalan tersebut dialihkan kepada pasukan tentera Kemboja di tengah konflik bersenjata yang memuncak di sepanjang sempadan Thailand, Kemboja.
00:14Menurut kenyataan rasmi tentera Thailand pada Isnin, keputusan itu dibuat selepas risikan dilakukan. Risikan mendapati sebahagian bahan api dihantar ke Laos disalurkan ke wilayah Kemboja yang kini menjadi lokasi pertempuran aktif antara kedua-dua negara.
00:32Langkah Thailand menghentikan laluan bahan api antara lain dilihat sebagai usaha strategik untuk menyekat sokongan logistik kepada pasukan Kemboja. Namun, tindakan ini turut menjejaskan hubungan perdagangan rentas sempadan dengan Laos yang sebelum ini menjadi laluan alternatif penting bagi bekalan tenaga.
00:50Sementara itu, mesyuarat khas Menteri Luar ASEAN yang dijadual berlangsung pada 16 Disember ditangguhkan ke 22 Disember atas permintaan Thailand.
00:59Mesyuarat itu dijangka menjadi platform penting bagi usaha diplomatik meredakan ketegangan dan mencari penyelesaian damai.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended