Skip to playerSkip to main content
  • 4 months ago
Perbicaraan kes penyanyi dan pelakon, Naim Daniel yang didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun, bermula hari ini.
Transcript
00:00Pebicaraan kes penyanyi dan pelakon Naim Daniel yang didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun bermula hari ini.
00:10Kes ditetapkan selama tiga hari dan akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Datin M. Kunasundari.
00:18Sebelum ini, Mahkamah membenarkan saksi untuk memberikan keterangan menerusi pautan video pada perbicaraan itu.
00:25Keputusan itu dibuat selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak dan membenarkan permohonan pihak pendawaan.
00:32Naim berdepan tuduhan melakukan amang seksual terhadap remaja perempuan berkenaan di sebuah hotel di Petaling Jaya pada jam 8.56 pagi 19 Mei lalu.
00:41Pada 17 Jun, Naim mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu.
00:45Kes dikemuka mengikut Seksyen 14 Kunungan A Akta Kesalahan-Kesalahan Seksyual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
00:56Sebelum ini, media terut melaporkan Naim Daniel bebas meneruskan aktiviti seni walaupun proseding kesnya masih berjalan di mahkamah.
01:04Menurut Peguam Mama Irwan Sumadi, sehingga kini tiada sebarang perintah mahkamah atau sekatan undang-undang menghalang penyanyi itu daripada membuat persembahan.
01:15Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended