00:00Beralih ke laporan berikutnya, kemarau kejuaraan regu berpasukan lelaki sepatah krom Malaysia selama 34 tahun akhirnya berakhir apabila skuad negara menundukkan musuh tradisi Thailand 21 pada perlawanan akhir sukan C 2025 pada ahad.
00:16Kejayaan bersejarah itu menamatkan penantian panjang sejak kali terakhir Malaysia menjulang gelaran acara berkenaan pada sukan C 1991 di Manila.
00:25sekaligus memadam dominasi Thailand yang menjadi penghalang utama negara sepanjang lebih tiga dekat lalu.
00:32Dalam aksi mendebarkan itu, anak buah Ahmad Jais Baharun terlebih dahulu dikejutkan apabila regu pertama negara Haziq Hairul Nizam, Muhammad Nurayzat Muhammad Nurdin dan Amirul Zazwan Amir tewas kepada trio Thailand dengan keputusan 9-15, 15-11, 13-15.
00:50Bagaimanapun, regu kedua negara yang diangkutai Muhammad Syahir Rusdi, Muhammad Azlan Alias dan Farhan Adam bangkit menyuntik semangat kebangkitan Malaysia apabila menewaskan Thailand dengan keputusan 17-14, 15-13 sekaligus menyamakan kedudukan satu-satu.
01:10Momentum itu diteruskan dengan set penentuan apabila regu ketiga, Muhammad Zulkifli Abdul Razak, Muhammad Afifuddin Muhammad Razali dan Aidil Aiman Azwawi tampil tenang,
01:23memastikan kemenangan milik negara selepas menewaskan lawan 15-13, 15-11.
01:28Kemasukan Zarif Marikan Ibrahim pada penghujung perlawanan turut memberi impak penting sebelum Malaysia mengesahkan pingat emas sekaligus menjulang kejuaraan yang dinantikan selama 34 tahun.
Comments