Skip to playerSkip to main content
  • 29 minutes ago
Presiden Mahkamah Rayuan yang mengetuai panel tiga hakim mendengar prosiding di Mahkamah Persekutuan, Datuk Abu Bakar Jais yang mengetuai panel tiga hakim, memberitahu pendakwaan supaya meneliti kembali hujahan dan kemudian memaklumkan pendirian sebelum mahkamah membuat keputusan lanjut.

Transcript
00:00Mahkamah Persekutuan memberi tempoh masa seminggu kepada pihak pendawaan untuk meneliti semula rayuan terhadap pembebasan Ahli Parlimen MUA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, daripada pertuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram, membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda Armada.
00:18Dalam situasi yang tidak pernah berlaku sebelum ini, Presiden Mahkamah Rayuan Dato' Abu Bakar Jaiz yang mengetahui panel tiga Hakim Mahkamah Persekutuan berkata, pihak pendawaan perlu berbincang dan menyatakan pendirian mereka sama ada mahu meneruskan rayuan itu atau sebaliknya.
00:37Hakim Abu Bakar bersidang bersama Hakim Mahkamah Persekutuan Dato' Cik Muhammad Ruzi Marzali dan Dato' Colin Lorenz Sukiara berkata, semasa beliau bertugas sebagai timbalan pendawaan raya di Jabatan Peguam Negara, menjadi kebiasaan untuk mereka mengadakan mesyuarat dan menyemak semula hujahan.
00:55Ketiga-tiga penhakim telah membaca hujahan pihak perayu dan responden dan akan menulis perhakiman serta mengarahkan pihak pendawaan memfaikan hujahan bertulis tambahan dalam tempoh seminggu, diikuti hujahan tambahan peguam.
01:09Pada 25 Jun lalu, Mahkamah Rayuan melepas serta mebebaskan Syed Sadiq selepas membenarkan rayuan beliau untuk mengetepikan sabi tanda hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta yang diputuskan Mahkamah Tinggi pada 9 November 2023.
01:29Sehari selepas itu, Jabatan Peguam Negara memfaikan rayuan di Mahkamah Persekutuan.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended