Skip to playerSkip to main content
  • 26 minutes ago
Para wanita yang tinggal di Banda Aceh merupakan antara mangsa bencana tsunami pada 20 tahun lalu, kini mereka berpadu tenaga membantu mangsa di beberapa daerah yang terkesan akibat bencana banjir lumpur yang berlaku pada 26 November lalu.
Transcript
00:0021 tahun lalu, bencana tsunami memusnahkan Aceh menyebabkan sebahagian warganya kehilangan tempat tinggal dalam sekelip mata.
00:11Kini, warga Aceh sekali lagi berduka apabila kejadian banjir lumpur pada 26 November lalu yang disifatkan beberapa pihak sebagai tsunami darat meranapkan beberapa bahagian di wilayah itu.
00:26Astro Awani yang turun ke lapangan menyaksikan kecekalan warga Aceh, khususnya kaum ibu yang 21 tahun lalu menjadi mangsa tsunami, kini menyinsim lengan membantu ribuan mangsa yang terkesan dengan tragedi banjir lumpur.
00:45Ketua Wanita Karang Taruna Dewi Marlina Mohamaddin merupakan antara mangsa tsunami yang kini bersama ratusan sukarelawan berkhidmat di poskoordinasi bandar Aceh untuk membantu menyalurkan bantuan ke beberapa wilayah yang terkesan.
01:10Ketika dulu saya kena tsunami itu, mereka membantu. Hari ini saya teringat bagaimana saya ditenda, bagaimana saya tidak punya apa-apa.
01:20Dalam keadaan serba kekurangan berstatus pengungsi pada ketika itu, beliau tetap menghulurkan tangan dengan mengambil seorang anak yatim sebagai anak angkatnya.
01:33Kini beliau meneruskan sifat keibuannya dengan menghulurkan bantuan berupa pakaian, makanan dan barangan asas terus ke kediaman mangsa.
01:44Setiap barang itu yang kami bawa tidak mau ke tenda tapi langsung ke rumah.
01:49Karena bagi mereka ketika duduk di tenda, duduk, tidur, makan tapi rumahnya masih kotor.
01:54Sementara ketika dia di rumah dia bisa bersihin.
01:58Memang makanan tidak dapat mereka.
02:00Tapi dengan dia di rumah, paling tidak rumahnya masih bagus gitu.
02:05Tidak ditinggalkan terbangkala seperti itu.
02:08Pada masa sama, meskipun turut menjadi mangsa, jauh hari ini Muhammad Saad Sheikh tetap bangkit menjadi sukarelawan untuk Persatuan Palang Merah Amerika Syarikat
02:18sejurus selepas Kerajaan Indonesia mengisytiharkan bencana nasional tiga hari selepas tsunami.
02:26Jadi saya punya skill juga dalam bahasa macam itu, jadilah penghubung mereka, jadi translator macam itu.
02:35Saya malah naik si hawk helikopter itu kan, ke melabur.
02:41Bapaknya keliling lah, kita berkeliling, mencari titik-titik di mana pengungsi, ada yang pada naik ke gunung, ke darat macam itu kan.
02:52Tak ada makanan, sudah tiga hari makan kelapa.
02:55Kini peranan beliau adalah menyelaras bantuan dengan menggerakkan pengumpulan sumbangan
03:01dan memastikan ia sampai ke posko-posko yang memerlukan, terutama yang tidak memiliki kenderaan.
03:09Jauh hari ini juga memantau keadaan para sukarelawan di lapangan, termasuk kesihatan dan giliran tugas mereka.
03:16Kita yang pertama, kita akan melihat relawan-relawan di sana, apa kabarnya, kesehatannya.
03:24Yang pertama kan, karena mereka adalah ujung tombak untuk masyarakat yang sudah turun ke lapangan langsung.
03:31Kemudian pergantian sif, sif yang ada di lapangan kita akan ganti mereka.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended