Skip to playerSkip to main content
  • 43 minutes ago
Hujan berterusan diramal melanda beberapa kawasan di Sarawak, Kelantan, Terengganu, Pahang serta Johor pada esok dan Ahad yang dijangka berlaku hingga Selasa depan.

Transcript
00:00Hujan berterusan diramal melanda beberapa kawasan di Sarawak, Kelantan, Terengganu, Pahang serta Johor pada esok dan ahad yang dijangka berlaku hingga selasa depan.
00:11Menurut amaran tahap waspada yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia, MED Malaysia, hujan berterusan dijangka berlaku di Sarawak bermula Sabtu hingga 16 Disember ini melibatkan Kucing, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betung, Sarike, Sibu dan Mukah.
00:30Keadaan cuaca sama dijangka melanda seluruh Terengganu serta beberapa kawasan di Kelantan iaitu Tumpat, Pasir Mas, Kota Baru, Tanah Merah, Bacok, Macang dan Pasir Putih selama tiga hari bermula ahad ini.
00:44Selain itu hujan berterusan juga diramal berlaku mulai ahad pengeselasa di Johor mehabitkan Segamat, Keluang, Mersing dan Kota Tinggi serta Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompeng di Pahang.
00:56Dalam pernyataan berasingan, MED Malaysia mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama melibatkan perairan Johor Timur, Pahang, Terengganu dan Kelantan hingga Khamis depan.
01:09Jabatan itu maklumkan angin kencang timur laut berkelajuan 40 hingga 50 km sejam dengan ombak mencapai ketinggian hingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan terlibat dalam tempoh berkenaan.
01:23MED Malaysia menjelaskan keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada bot berkecil, aktiviti rekreasi laut dan sukan laut.
01:32Selain itu MED Malaysia turut mengeluarkan amaran kenaikan paras laut di perairan Johor Timur, Pahang, Terengganu dan Kelantan bagi tempoh Sabtu hingga Isnin.
01:44Menurut MED Malaysia keadaan itu berisiko menyebabkan limpahan air laut di pesir pantai khususnya di kawasan rendah dan terdedah.
01:53Terima kasih kerana menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended