Skip to playerSkip to main content
  • 55 minutes ago
Pakar Perunding Patologi Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr. Zahari Noor mengesahkan kematian wanita berusia 44 tahun dipercayai akibat dikelar dengan pisau terlebih dahulu sebelum dilemaskan oleh suaminya.
Transcript
00:00Pakar Perunding Patologi Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr. Zahari Nor mengesahkan kematian wanita berusia 44 tahun dipercayai akibat dikelar dengan pisau terlebih dahulu sebelum dilemaskan oleh suaminya.
00:16Beliau berkata hasil bedah siasat mendapati mangsa mengalami satu luka hirisan pada bahagian depan leher selain tanda-tanda sesak nafas.
00:26Menurut Dr. Zahari, kecederaan itu berkemungkinan disebabkan oleh pemotong kertas dan meskipun tidak dalam tetapi menyebabkan berlaku pendarahan.
00:36Menurutnya hirisan itu dilakukan terlebih dahulu diikuti tindakan menekup sehingga menyebabkan asfiksia yang membawa maut.
00:44Hasil bedah siasat juga menunjukkan bahawa mangsa telah meninggal dunia kira-kira empat hari sebelum ditebui.
00:50Dan baru selesai tadi dan kita memang mendapati bahawa mangsa telah dikelah, dikenal, dihiris.
01:01Dia mati akibat daripada luka hirisan pada bahagian leher dan juga depan.
01:07Depan leher satu-satu saja dan juga akibat daripada lemas.
01:12Asfiksia dia dilemaskan juga.
01:13Dr. Zahari berkata demikian ketika ditemui di Unit Forensic Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang pada Jumaat.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended