Skip to playerSkip to main content
  • 19 hours ago
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri R. Ramanan menegaskan beliau tidak menerima sebarang maklumat rasmi berhubung spekuasi yang menyebut namanya antara yang bakal terbabit dalam rombakan Kabinet.
Transcript
00:00Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri Aramanan menegaskan beliau tidak menerima sebarang maklumat rasmi berhubung spekulasi yang menyebut namanya antara yang bakal terpabit dalam merombakan kabinet.
00:13Sebaliknya, beliau menyerahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membuat pengumuman dalam masa terdekat.
00:20Saya tidak diberitahu ataupun dimaklum apa-apa berkaitan dengan isu itu. Saya ingat biarlah Perdana Menteri buat pengumuman dalam masa yang terdekat ataupun masa yang tidak lama lagi.
00:31Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan bahawa namanya turut diangkat sebagai salah seorang ahli kabinet bagi mengisi kekosongan empat jawatan menteri.
00:41Sebelum itu, hadir pada Majlis Peluncuran Penyerahan Peralatan ICT kepada 387 SJKT di seluruh negara yang melibatkan peruntukan sebanyak RM5 juta di SJK, Vivi Kanandan, Brickfields, Kuala Lumpur pada Selasa.
00:58Menurutnya, inisiatif peralatan teknologi maklumat dan komunikasi itu disalurkan kerajaan menerusi unit transformasi masyarakat India-Malaysia dan perakhiran dijangka selesai sebelum sesi persekolahan tahun depan bermula iaitu pada 10 Januari 2026.
01:15Spekulasi rombakan kabinet turut mengaitkan beberapa nama lain termasuk bekas Menteri Kesihatan Khairi Jamaluddin yang dikatakan berpotensi menyertai kabinet melalui lantikan sebagai ahli Dewan Negara atau senator.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended