Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Polis akan mengambil tindakan tegas termasuk menyaman mana-mana pihak yang masih menggunakan laluan yang telah diwartakan tutup.
Transcript
00:00Polis akan mengambil tindakan tegas termasuk menyaman mana-mana pihak yang masih menggunakan laluan yang telah diwartakan tutup, ia termasuk terhadap pihak tidak bertanggungjawab, mengalih dan merosakkan papan tanda amaran di kawasan laluan berkenaan.
00:15Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintenden Syaruddin Abdul Wahab berkata, langkah itu bagi mengelakkan insiden kenderaan terjunam di laluan jalan Kuala Jenaris Sungai Gawi Aring berulang.
00:27Syaruddin menegaskan mereka yang gagal patuh pada arahan penutupan laluan boleh didakwa mengikut Seksyen 79, Sub-Seksyen 2 Akta Pengikutan Jalan APJ 1987.
00:41Sebenarnya kita jalan ini dah lama, kita tutup setelah diwartakan oleh pihak JKR, kita dah tutup lama. Tapi disebabkan ada individu yang tidak bertanggungjawab membuka laluan konkret tersebut.
00:52So itulah yang kita pun akan bertindakkan tegas sebab ini.
00:57Dalam hal ini, pihak polis menasiatilah. Semua pengguna jalan raya yang melalui kawasan ini sebenarnya tak boleh lalu telah pun diwartakan oleh pihak JKR.
01:07Dan kita akan buat pematauan selepas ini. Mana-mana kenderaan yang melalui kawasan ini, kita akan ambil tindakan di bawah peruntukan undang-undang yang sedia ada.
01:17Beliau berkata setakat ini, satu laporan telah diterima pihaknya berhubung pencurubuhan di laluan itu.
01:24Pada Jumaat, pasangan bakal pengantin maut selepas kenderaan utiliti sukan SUV dinaiki mereka terbabas ke dalam gaung.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended