Skip to playerSkip to main content
  • 13 hours ago
Seorang wanita muda maut selepas kereta yang dipandunya terjunam ke Sungai Muar dan dihanyutkan arus deras sejauh 100 meter. Operasi menyelamat berjaya membawa jasad mangsa ke darat.
Transcript
00:00Seorang wanita muda ditemui maut selepas kenderaan yang dipandunya terjunam ke dalam sungai petang semalam di tepian sungai Muar Tanjung Agas.
00:08Dalam kejadian sekitar jam 3 petang, Nissan Grand Livina yang dinaiki mangsa dipercayai meluncur secara tiba-tiba sebelum terhumban ke sungai dan dihanyutkan arus deras sejauh hampir 100 meter.
00:20Menurut sumber, mangsa berusaha lingkungan 20-an dipercayai datang bersendirian ke lokasi rekreasi tersebut untuk berehat.
00:26Kejadian hanya disediakan orang awam apabila melihat kenderaan itu karam sebelum menghubungi pihak berkuasa.
00:31Komando Operasi Balai Bomber dan Penyelamat BBP Tangkak Jahairi Syukur berkata, panggilan kecemasan diterima pada jam 3.48 petang dan operasi melibatkan 10 anggota termasuk bantuan dari BBP Muar digerakkan segera.
00:44Kenderaan mangsa ditemui di dasar sungai dalam keadaan tenggelam dan jasad mangsa berjaya dibawa naik ke darat sebelum diserahkan kepada pihak polis.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended