Skip to playerSkip to main content
  • 1 hour ago
Antonio Guterres mengecam keras tindakan Israel menyerbu premis UNRWA, menegaskan bangunan itu kekal sebagai harta PBB yang kebal daripada campur tangan dan menggesa pemulihan segera.
Transcript
00:00Setia usaha Agong Pertubahan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB, Antonio Guterres, mengecam keras serbuan pihak berkuasa Israel ke atas premis agensi pelarian Palestine PBB, UNRWA, di Baitul Magdi, Timur.
00:11Dalam satu penyataan yang dibacakan jurucakapnya, Stefan Dujarich, Guterres menegaskan bahawa premis itu kekal sebagai aset PBB yang tidak boleh diganggu-gugat serta kebal daripada sebarang campur tangan.
00:22Beliau mengesah Israel segera mengambil semua langkah perlu bagi memulihkan dan menghormati kekebalan premis UNRWA serta mengelakkan sebarang tindakan lanjut terhadap agensi tersebut.
00:32Pihak berkuasa Israel pada isteri memasuki pejabat UNRWA di Baitul Magdi, Timur dan menaikkan bendera Israel atas alasan tunggakan cukai namun tindakan itu dikecam UNRWA sebagai satu cabaran terhadap undang-undang antarabangsa.
00:43UNRWA tidak lagi menggunakan bangunan berkenaan sejak awal tahun ini selepas Israel mengarahkan agensi itu mengosongkan semua premisnya dan menghentikan operasi.
00:51Ketua UNRWA Philip Lazarini menerusi PlatformX memberi amaran bahawa tindakan itu boleh mewujudkan keadaan berbahaya terhadap operasi PBB di seluruh dunia.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended