Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Gempa 7.5 magnitud di timur laut Jepun mencederakan 30 orang, memaksa 90,000 dipindahkan sebelum amaran tsunami ditarik balik.
Transcript
00:00Bertemu kembali, Jepun menarik semula amaran tsunami pada selasa selepas gegaran kuat 7.5 magnitude menggegarkan timur laut negara itu lewat malam Isnin.
00:09Ini sekaligus menambahkan kebimbangan terhadap ombak setinggi 3 meter yang pada awalnya diramalkan melanda kawasan pesisir pantai.
00:17Amaran yang dikeluarkan sejurus lepas gempa itu menyebabkan kira-kira 90,000 penduduk di Hokkaido, Aomori dan Iwate dipindahkan sebelum pihak berkuasa mengesahkan keadaan kembali stabil beberapa jam kemudian.
00:30Beberapa pelabuhan melaporkan ombak tsunami kecil antara 20 hingga 70 cm.
00:36Gempa berlaku pada 11.15 malam waktu tempatan dengan pusat gegaran 80 km dari pesisir Aomori pada kedalaman 54 km.
00:45Sekurang-kurangnya 30 orang cedera malakala bangunan dan infrastruktur rosak di beberapa lokasi.
00:50Walaupun amaran utama telah ditarik balik, JMA menasihatkan penduduk supaya buah sepada sesulan kemungkinan berlakunya gempa kuat sesulan dalam tempoh seminggu.
00:58Di Aomori, intensiti gegaran direkodkan pada tahap 6 atas skala JMA kekuatan yang menyebabkan individu tidak mampu berdiri.
01:07Visual tempatan menunjukkan kerusakan bangunan di Mutsu dan jalan runtuh di Pekan Tohoku.
01:12Perkhidmatan kereta api oleh East Japan Railway digantung di beberapa laluan dengan gangguan turut dilaporkan di wilayah utara Jepun.
01:19Kawasan ini pernah terjejas teruk dengan gempa 9.0 magnitude pada 2011.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended