Skip to playerSkip to main content
  • 13 hours ago
Seramai 56 mangsa daripada 14 KIR dipindahkan ke PPS Dewan Suarah Bintulu selepas banjir melanda beberapa kawasan di Bintulu lewat malam tadi. JPBN Sarawak memaklumkan mangsa terdiri daripada penduduk Kampung Kemunting dan Rumah Roselind Suang. Pasukan JBPM Bintulu memindahkan mangsa menggunakan lori Hicom dan bot aluminium, sebelum operasi ditamatkan pada 2.45 pagi setelah keadaan terkawal.

Transcript
00:00Seramai 56 mangsa daripada 14 ketua isteri rumah KIR dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara PPS Dewan Suarah Bintulu selepas banjir melanda beberapa kawasan di daerah itu lewat malam tadi.
00:12PPS berkenaan dibuka pada 12.30 tengah malam bagi menampung penduduk yang terkesan.
00:19Menurut Sekretariat Jawatan Kuasa Pengurusan Bencana Negeri JPBN Sarawak, mangsa terdiri daripada penduduk kampung Kemunting dan rumah Rosaline Suang.
00:27Daripada jumlah itu, 23 mangsa dari kampung Kemunting termasuk seorang OKU, 2 warga emas dan 11 kanak-kanak manakala 33 mangsa dari rumah Rosaline Suang melibatkan 10 kanak-kanak dan 5 bayi.
00:40Pusat Gerakan Operasi PGO JBPM Sarawak memaklumkan bahawa Pasukan Keluaran Operasi BKO dari Balai Bomber dan Penyelamat BBP Bintulu digerakkan ke kampung Kemunting pada 10.30 malam sejurus menerima panggilan kecemasan.
00:52Setibanya di lokasi, air didapati sudah naik dan Pasukan Bomber membantu memindahkan 16 mangsa menggunakan lori haikom.
01:01Pada 12.52 pagi, panggilan kecemasan kedua diterima dari rumah Rosaline Suang sebelum Pasukan Bomber bersama 13 anggota digerakkan ke lokasi.
01:09Mangsa dipindahkan menggunakan bot aluminium sebelum dihantar ke PPS menaiki lori haikom.
01:14Operasi menyelamat ditamatkan pada 2.45 pagi selepas keadaan disahkan terkawal.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended