00:00Polis menahan dua remaja bawah umur lelaki yang sebelum ini tular di media sosial susulan aksi secara berbahaya ketika mereka menunggang basikal lajak.
00:10Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Assistant Commissioner Wan Azlan Wan Mamad berkata, mereka ditahan selepas satu laporan diterima kira-kira jam 5.13 petang Sabtu.
00:22Menurut Wan Azlan, laporan tersebut dibuat seorang individu yang menyerahkan pautan video memaparkan dua remaja menunggang secara berbahaya melintasi lampu isyarat di Putra Heights, Langor.
00:34Siasatan mendapati kejadian berlaku pada 4 Desember sekitar jam 5.55 petang di mana kedua-dua remaja menunggang dari arah bersiaran Putra Pedana menuju ke Kampung Tengah sebelum melanggar lampu isyarat.
00:47Berdasarkan laporan yang diterima, anggota trafik IPD Subang Jaya telah mengesan dan menahan mereka di Bukit Lancong.
00:53Mereka dibawa ke IPD Subang Jaya untuk siasatan lanjut dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 54 dalam Kurungan 1 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
01:01Orang ramai yang punya maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat BSPT IPD Subang Jaya, Inspector Muhammad Azizul Hakim Roslan di talian 011-2891-4495.
01:17Terima kasih telah menonton!
Comments