Skip to playerSkip to main content
  • 15 hours ago
Proses pembersihan sampah di Hat Yai, wilayah Songkhla, dijangka siap menjelang 10 Disember, berikutan banjir besar yang telah meragut banyak nyawa setakat Ahad dan menjejaskan kehidupan penduduk tempatan.
Transcript
00:00Bek pengurusan sampah di daerah Hat Nyai, wilayah Songkla dijangka selesai menjelang 10 Disember berikutan banji besar yang telah meragut 170 nyawa setakat ahad.
00:10Menurut Surin Warakitamrong, Jabatan Kawalan Pencemaran telah menggerakkan kira-kira 60 truk sampah dan 7 pasukan melibatkan sekitar 100 pekerja pembuangan sisa untuk membersihkan daerah itu.
00:22Di Hat Nyai sahaja, 11,000 tan sampah telah terkumpul dan sebanyak 1,750 tan berjaya dikutip dalam tempoh dua hari terakhir.
00:32Di luar Hat Nyai, kira-kira 5,000 tan masih menunggu pembersihan di Songkla, 7,500 tan di Banpru dan 1,000 tan di Sadau dengan hanya sejumlah kecil berjaya dikosongkan setakat ini.
00:45Sementara itu, mangsa banjir terus memindahkan barangan rosak dari kediaman mereka bagi membolehkan lumpur dan air banjir yang masih bertakung dibesirkan.
00:55Manakala bekalan air paip dan elektrik belum dipulihkan sepenuhnya, manakala timbunan sampah dan bangkai haiwan mencetuskan bau busuk di kawasan komersial utama Selatan Thailand.
01:06Banjir masih berlaku di sembilan wilayah di Selatan serta sebelas wilayah di Utara dan Dataran Tengah.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended