Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Polis Kuala Lumpur mengesahkan poenahanan 4 individu yang dikatakan cuba membuat kecoh semasa penganjuran Majlis pecah Tanah di Kampung Sungai Baru pada pagi tadi.
Transcript
00:00Dalam hari itu, pelakon dan aktivis Rafidah Ibrahim antara empat individu yang ditahan polis kerana disyaki cuba menganjurkan perhimpunan untuk mencetuskan kekecohan semasa majlis pecah tanah di Kampung Sungai Baru pada Ahad.
00:14Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, penahanan keempat-empat individu dibuat pada jam 8.50 pagi selepas polis menerima maklumat berhubung perhimpunan yang dijadwalkan pada jam 8 pagi di lokasi yang sama.
00:26Suspek yang ditahan merupakan dua orang lelaki tempatan dan dua wanita berusia antara 39 hingga 47 tahun.
00:34Menurutnya, semasa ditahan, mereka menjerit-jerit sehingga mengganggu ketenteraan awam di kawasan majlis berkenaan.
00:40Polis mendapati individu terbabit didakwa memuat naik seruan untuk mengajak orang ramai turun protes di majlis itu melalui laman media sosial TikTok pada Jumat lalu dengan tajuk Majlis Pecah Tanah Kampung Sungai Baru.
00:52Penahanan dilakukan di bawah Seksyen 105 Kanun Kesiksaan kerana suspek disyaki menjadi dalang perhimpunan tersebut.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended